Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Butter Cake Yang Lembab, Simple Dan Sedap. Yang Tak Pandai Baking Pun Boleh Cuba. Confirm Menjadi!
Resepi butter cake sangat mudah dibuat. Yang tak tahu nak baking pun boleh mencubanya. Sebab cara baking butter cake ini lebih mudah dari penyediaan kek yang lain. Sesuai dijadikan kudapan anda dimasa lapang.
Musim lockdown macam ni, terasa nak makan je. Bila duduk rumah dan rasa bosan tak tau nak buat apa, apa kata anda belajar buat butter cake yang lembut, simple dan sedap ini. Nampak moist je pada gambar yang dikongsikan.
Bahan yang digunakan juga sangatlah mudah diperolehi. Dan cuma menggunakan 5 bahan sahaja, anda dapat menghasilkan butter cake yang cukup sedap. Dan sudah pasti bahan utama yang diperlukan adalah butter. Wajib ada tau!
Butter cake ini merupakan kek zaman mak-mak kita dulu. Boleh juga dihidangkan buat tetamu yang datang bila menjelang musim perayaan seperti Hari Raya. Nak tahu cara penyediaannya? Jom kita lihat perkongsian dari Cik Puan Aine Soaudi ini.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Cara penyediaan butter cake ini juga boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan kismis atau mix fruit didalam adunannya.
RESEPI MOIST BUTTER CAKE
Untuk resepi butter cake yang dikongsikan hari ini, kita cuma perlu menggunakan bahan asas dalam penyediaan butter cake. Resepi asal mak-mak kita dulu. Mari kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250gm Butter
- 250gm tepung kek (kalau guna tepung gandum masukkan 1 sdk baking powder)
- 180 gula castor/ icing
- 100ml susu segar
- 4 biji telur
CARA PENYEDIAAN MOIST BUTTER CAKE :
▶️ Panaskan oven 10-15 minit.
▶️ Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu. Mula dengan low speed kemudian high speed.
▶️ Adunan dan kembang dan gebu masukkan telur sebiji demi sebiji dan selang seli dengan tepung. Ulang hingga habis.
▶️ Kemudian, masukkan susu segar. Nak guna full cream fresh milk Dutch Lady pun boleh.
▶️ Siap adunan, masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 180C selama 40 minit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Menu Paprik Seafood Yang Mudah, Cepat Dan Jimat Masa. Yang Penting Memang Sedap!
Butter cake ni nak makan panas pun sedap tau. Aroma butter yang digunakan mampu menggugat selera dan rasanya juga sesedap butter cake dikedai bakeri. Pasti ramai yang terliur dan tak sabar nak mencubanya.
Tak ada tepung kek jangan risau tau. Boleh gunakan tepung gandum sahaja dan campur dengan baking powder. Tepung kek bukan bahan wajib, kalau tak ada tak mengapa, gantikan saja dengan tepung gandum.
Lepas ni tak perlu beli butter cake kat kedai bakeri lagi, buat sendiri lebih puas hati. Nak campur kismis atau mix fruit pun boleh. Semoga resepi butter cake yang lembut dan gebu ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!