Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Buat Kek Batik Premium Super Marvellous. Lembut, Kurang Manis Dan Crunchy Biskutnya!

0 3,752

Kek batik sangat ramai penggemarnya, kalau anda masih tercari-cari resepi kek batik yang terbaik, apa kata anda cuba resepi kek batik premium ini. Rasanya juga sangat premium dan tidak terlalu manis.

Tekstur kek batik premium ini juga lembut bila dikunyah dan tak keras. Sesetengah kek batik mempunyai tekstur yang keras. Mungkin disebabkan penggunaan teknik yang berlainan dengan resepi kek batik premium ini.

Kek batik premium ini juga lembut elok tapi tetap ada rasa ‘crunchy’ pada biskutnya. Yang suka dengan kek batik kurang manis wajib mencuba resepi ini. Sekali cuba pasti nak lagi. Ramai juga yang dah mencuba dan sangat suka dengan hasilnya.

Sebanyak 4.2K share hasil daripada perkongsian Cik Puan Faizah Arzmi di Facebook.  Terbukti ramai penggemarnya. Anak-anak juga pasti suka dengan kudapan minum petang bersama kek batik premium ini.

Bahan yang diperlukan juga tidak renyah. Tetapi untuk menghasilkan kek batik premium yang super marvellous anda perlu menggunakan serbuk koko gred A ataupun coco powder jenama van hounten. Memang puas hati hasilnya!

 

RESEPI KEK BATIK PREMIUM 

Ramai juga penjual kuih muih yang turut menjual kek batik ini, samada dipasar malam, gerai tepi jalan dan juga bazar ramadhan. Ianya juga sesuai dijadikan pemanis mulut buat tetamu yang datang berkunjung kerumah kita.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250 gm seketulbuttercup/ lurpak / anchor
  • 3/4 cawan Serbuk koko gred A / van houten
  • 1 cawan milo
  • 1 tin Susu pekat manis
  • 3/4 tin Susu cair
  • 2 plastik biskut Marie putih brand munchys
  • 2 sudu nutella / milk Beryl’s (pipping hiasan)

CARA PENYEDIAAN KEK BATIK PREMIUM :

▶️ Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan butter.

▶️ Masukkan serbuk koko dan milo. Kacau rata dengan api kecil sahaja.

▶️ Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau lagi sampai sedikit menggelegak.

▶️ Pecahkan dua biskut marie dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata sehingga biskut lembut. Pastikan biskut lembut.

▶️ Setelah lembut, masukkan ke dalam bekas makanan/ loyang/ apa-apa bekas yang anda suka. Tekan supaya padat.

▶️ Sejukkan ke dalam peti selama 2-3 jam.

▶️ Keluarkan kek dari bekas. Kemudian, pippingkan coklat nutella atau milk berysl diatas kek.

▶️ Potong dan boleh dihidang.

 

BACA JUGA: Nak Makan Ayam Penyet Ala Wong Solo? Jom Buat Secara Homemade. Buat Resepi Niaga Pun Boleh!

 

Siap untuk dihidang! Mudah sangatkan nak buat kek batik premium ni. Kek batik premium ini juga boleh dijadikan pilihan untuk potluck ditempat kerja. Laju je habis. Mungkin disebab rasanya yang tak terlalu manis.

Anda juga boleh taburkan coklat rice dan kekacang dibahagian toppingnya. Sedap sangat! Untuk mereka yang berniaga kuih muih, bolehlah selitkan resepi ini untuk berniaga. Semoga besar rahmatnya.

Resepi kek batik ini boleh dibuat dengan banyak cara. Ada cara yang paling mudah, ada juga cara yang renyah. Hasilnya juga berbeza. Semoga perkongsian resepi kek batik premium ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open