Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Blueberry Butter Cheese Cake Yang Delicious. Tak Puas Makan Dibuatnya!

0 1,015

Ada yang suka dengan resepi blueberry butter cheese cake? Tak puas makan dibuatnya. Sedap sangat! Resepi ini sangat simple sebab cuma menggunakan basic butter cheese dan ditambah dengan filling blueberry sahaja.

Sudah tentu penggemar kek ini adalah anak-anak. Tak muak dengan cheese sebab resepi ini telah menggabungkan filling blueberry didalam penyediaannya. Filling blueberry ni boleh beli kat pasaraya ataupun kedai kek.

Kek ini boleh dibuat secara berselang seli antara adunan kek dan filling blueberry. Deko ikut cara sendiri pun boleh. Selain daripada filling blueberry anda juga boleh menggunakan filling buah yang lain seperti strawberry dan manggo.

Resepi blueberry butter cheese cake ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nor Azliza Mohamed. Sangat mudah dan tidak memerlukan bahan baking yang banyak dan renyah.

Seperti yang kita tahu, kek cheese antara yang ramai penggemarnya. Apa saja jenis kek cheese yang dibuat pasti disukai ramai. Kalau nak beli kat luar harganya juga agak mahal. Berbaloi bila buat sendiri dirumah.

 

RESEPI BLUEBERRY BUTTER CHEESE CAKE

Musim PKP ni ramai sangat yang suka baking. Dah bertukar kerjaya kepada chef. Semuanya disebabkan anak-anak. Bila mereka tak dapat keluar rumah, makan antara salah satu daripada aktiviti mereka. So, ibu-ibu kenalah sentiasa mencari idea masakan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250g butter
  • 1  1/4 cwn castor sugar
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 bj telur A
  • 250g cream cheese
  • 1/3 cwn susu fullcream
  • 2  1/4 cwn self raising flour / tpg gandum + 1sk baking powder (diayak)
  • Filling blueberry secukupnya.

CARA PENYEDIAAN BLUEBERRY BUTTER CHEESE CAKE :

▶️ Mix butter, gula dan esen vanilla hingga berkrim.

▶️ Masukkan telur satu persatu dan mix sebati.

▶️ Masukkan pula cheese dan mixkan lagi.

▶️ Masukkan susu fullcream tadi dan teruskan mix.

▶️ Masukkan tepung yang diayak tadi. Kemudian, mixkan lagi adunan.

▶️ Masukkan adunan kedalam loyang 8×8 atau 9×9 dan ratakan. Kalau nak masukkan 2x blueberry filling tu, kena masukkan adunan kek separuh dulu, ratakan dan letakkan blueberry filling guna sudu kecil.

▶️ Kemudian, masukkan adunan selebihnya. Tuangkan filling macam tadi juga di permukaan kek.

▶️ Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau sehingga masak.

▶️ Siap untuk dipotong dan dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Merah Thai Flag Of Thailand. Lauk Yang Sedap Dan Pasti Menjilat Jari!

 

Dah siap! Mudahkan. Mungkin tak sampai sejam lebih dah siap kek ni. Nak bakar je ambil masa yang sedikit lama. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Kek ini juga boleh dijadikan kek harijadi anak-anak tau.

Walaupun simple dan tak berdeko, tapi confirm boleh habis. Biasanya kek yang beli kat kedai tu tak habis pun. Anak-anak cuma tertarik dengan deko je. Jadi, tak perlu membazir musim PKP ni, kita buat je kek harijadi dirumah.

Mereka lagi suka bila dihidangkan kek yang mereka selalu makan. Lepas ni nak buat kek untuk kudapan anak-anak, bolehlah cuba resepi ni. Semoga resepi blueberry butter cheese cake ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open