Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bingka Roti Perisa Pandan Yang Paling Sedap. Senang Giler Nak Buat!

0 111

Dah lama rasanya tak makan bingka roti perisa pandan. Kalau ada roti gardenia yang dah nak expired, boleh la buat bingka. Follow je resepi bingka roti perisa pandan ni kat sini. Confirm menjadi! 

Kuih bingka ni boleh di buat pelbagai. Contohnya bingka labu, bingka ubi, bingka roti dan lain-lain. Yang suka makan bingka roti, try la buat perisa pandan ni pulak. Memang sedap dan beraroma. Makan panas-panas lagi sedap. 

Tak nak guna bahan pewarna pun takpe. Cukup sekadar guna daun pandan je. Warna dah naik. Bau pun wangi. Bingka ni kalau garing kat belah atas lagi sedap. Lepas ni, mesti takde roti expired lagi. 

Save siap-siap resepi bingka roti perisa pandan yang dikongsikan oleh Cik Puan Khomisah Komtom ni. Tak rugi korang cuba. Banyak-banyak resepi bingka roti perisa pandan yang ni bagi aku menarik. Tengok kat gambar pun dah teliur dibuatnya. 

Bingka roti ni sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan kuih minum petang. Tak guna banyak bahan pun. And tak perlu ikut cara lama iaitu bakar bingka guna sabut kelapa. Masak je bingka ni dalam oven.

 

RESEPI BINGKA ROTI PERISA PANDAN

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan bingka roti perisa pandan ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 7 keping roti gardenia (putih)
  • 1 cwn air + blend dgn 4 helai daun pandan
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan
  • 1 cwn susu segar
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Secubit garam & pewarna hijau sikit
  • 1 sd esen pandan (tak ada pun tak apa sebab air daun pandan dah ada)

CARA PENYEDIAAN BINGKA ROTI PERISA PANDAN : 

▶️ Carik roti & rendam dengan 1 cawan air daun pandan selama 10 minit.

▶️ Sementara itu, satukan bahan-bahan yang lain & blend selama 2 minit.

▶️ Masukan bahan-bahan blend ke dalam bekas berisi roti tadi & kacau sebati.

▶️ Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.

▶️ Bakar selama 40 – 50 minit dengan suhu kepanasan 180c atau ikut oven masing-masing. 

▶️ Setelah masak sejukan baru potong. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Telur Masin Daun Kari Yang Marvellous. Licin Pinggan Dibuatnya!

 

Zaman tok nek kita masak bingka guna ubi kayu atau guna labu. Zaman kita pulak dah upgrade. Nak buat bingka roti pun boleh. Takde la bazir buang roti yang nak expired tu. Sebelum expired cepat-cepat korang buat bingka roti perisa pandan ni. Confirm takde roti yang terbuang!

Bakar bingka dalam oven je. Orang dulu bakar guna kayu dan guna sabut kelapa. Bau bingka memang wangi dan beraroma. Selalu dihidang bila ada majlis kenduri kendara. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Khomisah Komtom kerana sudi berkongsi resepi bingka roti perisa pandan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open