Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Aneka Resepi Yang Simple Guna Roti Gardenia Jer. Rasa Yang Sedap Dan Sesuai Untuk Minum Petang!

0 69,680

Kalau ada roti gardenia semua resepi dekat bawah ni boleh buat. Sesuai sangat nak buat minum petang-petang sambal duduk dekat halaman.

Resepi roti ni ringkas dan simple je nak buat dan sedap dimakan panas-panas. Siapa yang tak suka dapat makan makanan macam ni. Sesekali nak tukar angin, nak tukar selera boleh lah cuba.

 

LASAGNA ROTI

Sedapnya dapat makan lasagna. Penuhkan dengan cheese,nak makan Tarik Panjang-panjang. Nak makan lasagna ni biar panas-panas barulah sedap! Biasanya nak makan lasagna ni, boleh juga dibeli dekat kedai-kedai roti dan penjual online.

RESEPI LASAGNA ROTI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 6 keping roti gardenia
  • ½ cawan susu segar
  • bahan inti
  • 2 sudu besar butter atau minyak masak
  • 3 keping daging burger atau daging/ayam cincang
  • 1 biji bawang holand (di potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (di potong dadu)
  • 1 batang sosej (di potong bulat bulat)
  • ¼ biji capsicum hijau (di potong dadu)
  • ½ biji tomato (di potong dadu)
  • 1 tin sos pasta Adabi
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 cawan mozarella cheese
  • 1 cawan cheddar cheese
  • 2 keping cheesedale
  • ½ sudu kecil garam (jika perlu)

 

CARA PENYEDIAAN LASAGNA ROTI :

▶ Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga baik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis hingga masak dan kering airnya.

▶ Kemudian masukkan sosej dan kacau rata. Masukkan sos pasta Adabi dan kacau sebentar.

▶ Masukkan sos cili, mixed herbs, lada hitam dan serbuk rosemary. Kacau rata.

▶ Kemudian masukkan capsicum dan tomato. Boleh je nak letak apa2 sayur yang ada macam seleri, lobak merah atau cendawan butang. Kacau sebentar hingga sebati. Dah siap. Sejukkan sebentar.

▶ Sementara tu celup roti depan belakang ke dalam susu dan susun dalam bekas.

▶ Letak beberapa sudu bahan inti tadi ke atas roti dan ratakan. Kemudian lapiskan dengan cheese keping, cheddar dan mozarella cheese.

▶ Ulang langkah 5 susun roti dan letak lagi inti. Lapiskan dengan cheese. Ulang hingga bahan inti habis. Saya buat 3 lapisan je.

▶ Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 160°C selama 10 minit. Masa dan suhu bergantung pada AF atau oven masing masing.

▶ Dah masak boleh la di keluarkan. Potong kepada beberapa bahagian dan boleh di makan dengan gembira. SELAMAT MENCUBA! 😋

Kredit Resepi – Nor Zahida Aini

 

CUP PIZZA

Pernah dengar pizza dalam cup? Macam cupcake tu tapi penuh dengan barang-barang pizza. Sosej, cheese dan sebagainya. Kalau nk buat mini event, sesuai sangat kalau naj buat cup pizza ni. Rasa sedap, dan portion pun tak banyak sangat.

RESEPI CUP PIZZA

Bahan bahan untuk 5 ketul cup piza ;

  • Roti 3 keping
  • Telur 3 biji
  • Hotdog 2 (kalau nak)
  • Bawang holland
  • Mayonaise 1 sudu besar
  • Salt & Pepper

 

CARA PENYEDIAAN CUP PIZZA :

  • Potong semua bahan-bahan tu bentuk dadu / nipis2.
  • Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper.
  • Panaskan air fryer 5 minit suhu 180©. Bakar selama 10minit, suhu 160©.
  • Sedia dihidang!

Kredit Resepi – Eyqa Roslan

 

ROTI SOSEJ GULUNG

Zaman sekolah dulu suka makan sosej gulung. Jual dekat kantin. Tapi yang dulu memang roti gulung sosej je. Tapi kali ni lain sikit resepinya. Nampak lagi sedap dan lagi comel!

RESEPI ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

  • Roti gardenia
  • Sosej
  • Serbuk roti
  • 1 sudu mkn tepung bestari spicy
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Cheese leleh

 

CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ GULUNG :

▶ Rebus sosej terlebih dahulu

▶ Lenyek roti bagi nipis

▶ Gulung kan sosej bersama roti yg dah di potong 2

▶ Campurkan tepung bestari bersama tepung gandum tambah air agak² mcm nak buat pisang goreng.. celup roti ke dalam adunan.. dan ratakan dengan serbuk roti.. then goreng,

▶ Siap goreng paipkan mayonis, sos cili, serbuk cheese tambah air jadikan mcm sos.. boleh paip atas roti siap..

Kredit Resepi – Lydia Na Kitchen

 

KEK ROTI GARDENIA

Buat kek pakai roti gardenia je? Menjadi ken anti kan. Tapi siapa sangka, roti gardenia kita kalau dah risau nak expired haa jom transform jadi kek pulak. Sedap!

RESEPI KEK ROTI GARDENIA

Bahan – bahan yang digunakan adalah :

  • 7-8 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 3 sdb susu pekat
  • 1/4 cwn gula
  • 1/2 sdb serbuk penaik
  • 1 sdt esen vanila
  • Pewarna kesukaan

 

CARA PENYEDIAAN KEK ROTI GARDENIA :

▶ Blend gula dan telur. Kisar sehingga kembang

▶ Masukkan minyak masak, susu pekat, serbuk penaik dan esen vanila

▶ masukkan roti..

▶ Bahagikan kepada 3 bahagian

▶ Warnakan ikut warna yang kita suka.

▶ Oles Loyang dengan marjerin atau gunakan baking paper. Masukkan adunan berslang seli sehingga habis.

▶ Bakar dalam oven selama ½ jam atau sehingga kek masak.

Kredit Resepi – CT Liz

 

AGAR-AGAR ROTI

Satu lagi menu yang wajib korang buat dengan menggunakan roti. Serious, resepi agar-agar roti ni dah meletup dekat youtube tau!

Guna roti gardenia je tapi rasa sedap macam beli mahal. Makan sejuk-sejuk memang padu.

RESEPI AGAR-AGARR ROTI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan air
  • 2 biji telur

 

Larutan agar²

  • 1 paket agar² serbuk
  • 2 sudu marjerin
  • ½ cawan gula kastor
  • 3 cawan air

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR ROTI :

▶ Blend roti, susu cair, air, susu pekat, telur dan esen vanilla. Blend sehingga hancur.

▶ Panaskan periuk, masukkan air. Bila dah panas masukkan agar² dan kacau.

▶ Kemudian masukkan gula, kacau sehingga larut.

▶ Masukkan bahan blend tadi dan akhir sekali masukkan Planta. Kacau hingga pekat dan likat.

▶ Bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut warna yang kita suka.

▶ Warna kan dan susun atur dalam acuan atau loyang. Renjis dulu loyang dengan air, baru lah masukkan adunan.

▶ Simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

▶ Sedia dihidang dan boleh dibuat untuk berbuka puasa.

Kredit Resepi- Cik Zaara Akmal

 

ROTI BUTTER DENGAN KAYA

Kalau buat roti ni untuk anak-anak kan, mereka mesti suka. Sebab sedap betul rasa dia. Rangup-rangup roti bila digigit rasa dengan kaya dan butter tu memang UMMPPHH!

Korang boleh cuba buat resepi roti ni untuk makan petang-petang. Hidangkan bersama teh o panas. Silap-silap boleh habis satu bungkus roti lah disebabkan banyak permintaan dek sedapnya dia.

RESEPI ROTI BUTTER DENGAN KAYA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Roti Gardenia (ikutlah brand apa asalkan roti yg boleh dimakan)
  • Butter (brand buttercup pun boleh, sis guna jenama Farm Cows)
  • Kaya

 

CARA PENYEDIAAN ROTI BUTTER DENGAN KAYA :

▶ Potong kulit roti, sebab budak-budak dekat rumah ni tak suka kulit roti tu 😂 Lepastu potong dua.

▶ Sapu kaya banyakkkk-banyakk. Jangan kedekut, nanti bakar dia meleleh, nampak yummy gituu 🤤

▶ Potong butter jadi cube macam dlm gambar, susun 3 baris atas roti.

▶ Sis sapu jugak kaya untk lapisan atas, jadi upside down lah kaya tu.

▶ Bakar pada suhu 170c 10-15 minit, depends on how crunchy u nak lah.

▶ Sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang!

Kredit Resepi – Nuralia Idayu

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Yang Sedap. Resepi Yang Mudah Dan Memikat Hati Bonda

GARLIC BREAD SIMPLE

Kalau tak pergi pizza hut tak merasa lah makan garlic bread dengan mushroom soup. Sedapnyaa! Tapi sebenarnya resepi nak buat dia senang sangat-sangat je.

Jom saya kongsikan cara. Dan nanti bolehlah buat untuk keluarga. Makan cicah sup cendawan campbells tu pun dah nice!

RESEPI GARLIC BREAD

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 sudu besar butter
  • 2 biji bwg putih (tumbuk halus)
  • oregano/parsley (flake)
  • Roti #gardenia potong 2

 

CARA PENYEDIAAN GARLIC BREAD :

▶ Satukan butter + bwg putih.Gaul sebati.

▶ Sapu atas roti yg dah dipotong 2

▶ Taburkan oregano/parsley

▶ Bakar 10 minit.

Kredit Resepi – Noor Atikah Mahamood

 

ROTI PIZZA CHEESE LELEH

Pizza kali ini lebih sedap dan menarik sebab kita gunakan cheese yang banyak untuk jadikan dia cheese leleh. Lain orang lain citarasanya. Jadi, kali ini resepi wajib dibuat untuk makan petang kita. Try sekali confirm suka!

RESEPI ROTI PIZZA CHEESE LELEH

Bahan-bahannya yang digunakan adalah :

  • Roti Gardenia
  • Cheddar & Mozzarella cheese
  • Sosej (dicelur & dihiris nipis)
  • Cendawan butang (dicelur & dihiris)
  • Sos spaghetti (kalau takde sos cili pun boleh)
  • Bawang holland (dipotong halus)
  • Lada Benggala (dipotong ikut suka. Siti potong tak halus sangat.)
  • Oregano
  • Black pepper

 

CARA PENYEDIAAN ROTI PIZZA CHEESE LELEH :

▶ Sapu roti dengan sos spaghetti, lepas tu letak semua bahan-bahan yang dah dipotong tadi. Ikut suka korang la nak susun camne.

▶ Dah siap susun semua, barulah letak keju diatasnya dan bakar dengan pemanggang ajaib. Gunakan api sederhana. Nak guna oven pun boleh.

▶ Bila keju dah meleleh tu angkat dan makan panas-panas. Yummyyy! Sedap yakmatt. 😋

Kredit Resepi – Siti Maryam Zin

 

SUSHI SANDWICH

Untuk resepi terakhir ini, saya kongsikan macam mana nak buat sushi sandwich menggunakan roti gardenia je. Sushi sandwich ni tak sama dengan sushi yang biasa kita makan tu. Yang ini diberi nama sushi sebab saiznya yang sama. Sedaap pulak tu!

RESEPI SUSHI SANDWICH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 keping roti gardenia
  • 5 batang sosej
  • 5 batang isi ketam
  • 5 helai daun salad
  • 1 batang timun imun
  • 3 sdb mayonis
  • 3 sdb sos cheezy nachos
  • 3 sdb sos cili

 

CARA PENYEDIAAN SUSHI SANDWICH :

▶ Sosej, isi ketam dicelur sekejap dalam air yang mendidih. Salad dan timun di basuh bersih-bersih. Toskan.

▶ Kukus roti sekejap. Gelek bagi leper.

▶ Ambil salad letak atas roti (ikut gambar). Kemudian letak sosej dan timun. Picitkan sedikit mayonis dan sos cheese. Ulang cara yang sama untuk isi ketam

▶ Gulung roti tersebut. Pastikan gulung rapat supaya tak terbuka. Potong kepada dua bahagian. Susun dalam bekas @ pinggan

▶ Picitkan sos cheese, mayonis & cili sos atas gulungan sushi sandwich tadi. Taburkan bijan hitam kalau suka.

▶ Boleh la dinikmati @ simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

# sepatutnya ada telur hancur dengan mayonis juga untuk inti, tapi saya tak letak kali ni

Kredit Resepi – Norashikin Rahmat

 

Waah! Menarik betul resepi-resepi roti yang ada dalam senarai di atas kan. Memang jadi tak sabar nak buat dan rasa sendiri. Ada yang suka untuk buat makan malam, contohnya seperti pizza. Sedap juga dimakan menggantikan nasi kan.

Nanti cubalah satu per satu resepi roti gardenia yang saya kongsikan ni. Bolehlah supprisekan anak-anak dengan makanan yang sedap ni. Mesti mereka suka.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel #Anekaresepi roti ni di wall facebook ye. Semga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open