Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kek Viral Menyerupai Span Basuh Pinggan. Sebijik Nampak Sama Dengan Yang Asal!

0 3,638

Viral pulak pasal kek span basuh pinggan ni dekat tempat kita seminggu dua ni kan. Selain kek ni betul-betul nampak serupa dari segi rupa, bahkan kalau tengok dekat-dekat memang tak ada beza!

Jangan tersilap langkap, ambik kek buat basuh pinggan pula. Sebenarnya fenomena ini berlaku tercetus dari video orang putih atau mereka di luar negara yang suka kenakan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pernah saya lihat satu video prank di mana seorang suami kenakan isterinya dengan span basuh pinggan ni. Menggunkan span yang baru, dicelup telur dan goreng, kemudian hias dengan topping yang nampak sedap dan menarik.

Namun ada yang kenakan sebaliknya di mana seoarang ibu sedang mencuci pinggan. Kemudian letakkan span seketika di atas singki. Anaknya yang remaja, datang gantikan dengan kek yang dibuat sebiji nampak sama macam span.

Sekembali ibunya ke singki nampak anaknya sedang memakan kek span basuh pinggan tersebut. Terkejut bukan kepalang si ibu dan budaya ini sangat biasa dah dekat luar sana. Saling kenakan sesama mereka. Tapi tidak di negara kita. Mau sakit jantung mak kita nanti.

Oleh itu, munculkan idea nak buat kek span basuh pinggan ni. Ramai yang dah kongsikan cara nak buat. Siap ada yang dah buka jualan lagi untuk kek span basuh pinggan ni. Jom saya kongsikan cara yang Encik Sajid Al-Hafiz ni guna.

 

RESEPI KEK BASUH PINGGAN @ SPONGE DISH CAKE

Bahan-bahan yangi digunakan adalah :

  • 2 biji telur gred A
  • ½ cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)
  • ½ cawan butter/marjerin suam yang dicairkan (cairkan butter pastu sukat 1/2 cawan)

CARA PENYEDIAAN KEK BASUH PINGGAN @ SPONGE DISH CAKE :

▶ Mula-mula, pukul dulu semua bahan di atas kecuali butter. Jadi masukkan dalam mixer, telur, gula, ovalet, susu cair, susu pekat, tepung gandum dan juga baking powder.

▶ Pukul sampai kembang kemudian masukkan butter cair.

▶ Pukul lagi adunan sampai betul-betul kembang dan adunan jadi warna putih.

▶ Seterusnya bahagikan kepada dua bahagian, Ambik dalam beberapa senduk sahaja untuk kita warnakan dengan pewarna hijau. Bakinya warnakan dengan pewarna kuning.

▶ Sediakan Loyang dan oles dengan marjerin dan alas dengan baking paper.

▶ Tuang adunan hijau dalam Loyang berbentuk 4 segi.

BACA JUGA: Buat Lempeng Daun Sup Warisan Bonda. Resepi Lempeng Sihat Gunakan Oat!

▶ Bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama 30- 40 minit. Bila dah masak, cucuk dengan lidi untuk pastiak ia masak sempurna.

▶ Dalam acuan yang lain, tuang untuk adunan kuning pula. Sukat untuk saiz kuning yang tidak terlampau tinggi.

▶ Bakar lebih kurang sama. Ikut juga suhu dan oven masing-masing ye.

▶ Akhir sekali, bila dah masak sepenuhnya, sejukkan sekejap atas redai.

▶ Untuk mencantumkan dua kek ni, gunakan madu dan sapu di atas permukaan kek yang akan dicantumkan.

▶ Biarkan lekat sekejap, kemudian boleh potong cantik-cantik seperti bentuk span basuh pinggan ni.

Siap dan sedia untuk dimakan!

Macam-macam jenis kek yang ada kan sekarang ni! Unik dan rare, tapi asal bendanya boleh makan, halal boleh lah kita cuba untuk ikut trend semasa.

Kalau tak nak buat sendiri, boleh je dapatkan daripada penjual online di sekitar Kawasan rumah anda. Tapi kalau rajin boleh buat sendiri untuk satu family rasa.

Saya harap perkongsian kali ni mengenai resepi kek span basuh pinggan atau dalam englishnya, Sponge Dish Cake dapatlah membantu anda yang mencari resepi mudah nak buat.

Simple je tapi rasa dia not bad! Boleh cuba. Nanti dah buat, boleh kongsikan hasilnya di facebook. Waah! Mesti menjadi dan cantik je kejadiannya nanti. Boleh buat untuk minum petang dan hidangkan bersama teh o panas-panas.

Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open