Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tuna Thai Bread Yang Gebu Dan Sedap. Resepi Ala Burger Malaysia Yang Wajib Di Cuba!

0 1,307

Ada tak yang suka makan pau sambal atau burger Malaysia? Kali ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi yang seakan-akan pau sambal iaitu resepi tuna Thai bread. Burger Malaysia dah selalu sangat dimakan, apa kata kita cuba burger Thai pula.

Resepi ini menggunakan inti tuna chili bercampur mayonis. Dihiaskan juga dengan salad dan sayur timun. Bahagian rotinya pula akan digoreng dengan sapuan telur dan taburan bread crumb. Confirm ramai yang suka!

Hidangan ini juga boleh dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang sekeluarga. Digalakkan menggunakan tepung yang high protein barulah badan jadi sihat. Tapi nak guna tepung gandum yang biasa pun boleh. Tak menjadi masalah.

Resepi tuna Thai bread ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hidayati Hana. Hasil perkongsian beliau di Facebook, ramai juga yang teruja dan share resepi ini untuk dicuba dirumah.

Berbeza sedikit dengan resepi burger Malaysia yang berintikkan sambal ikan bilis yang sama seperti sambal nasi lemak. Mereka yang dah pernah try resepi ni, pasti akan mencubanya lagi. Mana tak nya, mudah sangat nak buat!

 

RESEPI TUNA THAI BREAD

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaannya. Dilarang derhaka pada resepi kalau tak nak resepi terbantut. Gurau petang ye!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250gm tepung high protein (kalau nak guna tepung gandum pun boleh)
  • 40gm gula halus
  • 1 sdk yis
  • 1 sdk baking powder
  • Secubit garam
  • 1 biji kuning telur
  • 100ml air
  • 30 gm marjerin/ shortening
  • 1 biji telur (untuk sapu atas doh)
  • Bread crumb secukupnya

 

Bahan untuk inti :
  • 1 tin tuna chili
  • 1 sdb mayonis
  • Salad/ timun

CARA PENYEDIAAN RESEPI TUNA THAI BREAD :

▶️ Masukkan semua bahan dalam mixer atau bread maker dan uli sehingga sebati.

▶️ Uli hingga doh jadi elastik.

▶️ Bahagikan setiap doh kepada 50gm dan bentukkan bulat. Sukatan ni akan dapat dalam 10-11 biji.

▶️ Perapkan hingga doh kembang dalam 30-40 minit macam tu.

▶️ Bila dah kembang, sapukan telur menggunakan brush dan taburkan bread crumb atas doh tadi.

▶️ Panaskan minyak goreng dengan api perlahan. Dan goreng doh sehingga kekuningan.

▶️ Da siap, belahkan 2 jangan sampai putus.

▶️ Letakkn salad, timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup.

▶️ Siap utk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Udang Galah Masak Paprik Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Menjilat Jari!

 

Mudahkan! Tak susah pun nak buatnya! Nak men doh pagi-pagi pun boleh sangat. Tak perlu juga nak masak intinya, beli je inti tuna tin yang pedas tu dah cukup. Nak pilih apa-apa jenis brand pun boleh ye.

Kalau nak hidang untuk anak-anak, boleh pilih tuna yang tak pedas tu. Untuk doh pula, kalau nak uli pakai tangan pun boleh tapi rendam dulu yis + gula dan air suam hingga yis kembang. Barulah uli dengan tepung macam buat doh donat.

Resepi ni dikatakan sangat mudah kerana terdapat dua kaedah membuat doh iaitu menggunakan mixer atau doh tangan. Kedua-dua teknik juga akan menghasilkan doh yang cantik dan elastik. Semoga resepi tuna Thai bread ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open