Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Lotus Biscoff Cheesecake. Tak Perlu Oven!
Pernah dengar nama Lotus Biscoff Cheesecake? Kek ni kalau dibeli memang agak mahal sebab bahan yang digunakan bahan-bahan premium. Sejak beberapa bulan lepas memang viral pasal kek ni. Dekat tik tok, twitter, Instagram dan facebook ramai kongsikan dah buat dan sedap.
Ada orang pandai, dia suka buat sendiri. Ada juga yang nak bagi orang lain rasa, jadi buka jualan untuk dibeli. Ada juga yang kongsikan resepi cara nak buat cheesecake kayangan ni. Serious sedap dan boleh cuba dekat rumah.
Bahan yang digunakan semua ada dekat pasaraya. Tapi kalau nak buat untuk rasa, beli aja. Lebih jimat masa dan tenaga. Sebab ada yang jual dengan pek yang kecil sesuai untuk yang baru nak rasa kan.
Tapi, untuk yang nak cuba buat sendiri boleh follow step by step resepi nak buat lotus biscoff cheesecake ni dekat bawah. Saya sharekan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mazlila Mazelan ni. Simple je buat dia.
Sebelum mula, boleh lihat dulu bahan-bahan yang digunakan supaya mudah untuk kita sediakan sebelum nak buat kek ni. Sekali buat je, confirm aka nada yang suka.
RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE
Sudah pastilah peminat cheese akan gemar makan kek ni. Dan kepada yang tak suka cheese boleh cuba rasa sebab crust yang dibuat memang sangat sedap.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 250 gram atau 32 keping biskut lotus biscoff
- 80 gram butter ( dicairkan)
- 500 gram cream cheese
- 400 gram biscoff spread
- 1 cawan whipping cream
- 1/3 cawan icing sugar
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN LOTUS BISCOFF CHEESECAKE :
▶ Mula-mula sekali, cairkan butter dalam kuali.
▶ Sementara tu, hancurkan biscoff menggunakan chopper. Nak ketuk pun boleh Yang penting hancur dan jadi seperti serbuk
▶ Seterusnya, campurkan sekali dengan butter yang dicairkan tadi. Gaul sebati. Biarkan seketika
▶ Untuk bahagian tengah, sekalikan whipping cream, gula aising dan esen vanilla. Putar sampai kembang.
▶ Kemudian, dalam bekas lain pula masukkan cream cheese dan biscoff spread dan putar lagi sampai kembang.
▶ Bila dah kembang, campurkan dengan bahan tadi. Gaul semua bahan sampai sebati.
▶ Lapisan bawah tadi, masukkan dalam loyak. Tekan sampai padat dan keraskan sekejap.
▶ Dah keras, masukkan kesemua bahan-bahan untuk lapisan kedua. Ratakan supaya sekata.
▶ Simpan dalam peti ais semalaman. Simpan di bahagian bawah tau.
▶ Untuk bahagian atasnya, cairkan lebihan biscoff spread dalam microwave. Jika tiada, atas api dapur pun boleh.
▶ Curahkan ke atas kek kita. Dan ratakan sekata.
▶ Akhir sekali, hancurkan lagi biskut lotus dan taburkan di atas kek.
▶ Sebelum hidangkan, letakkan satu biskut biscoff sebagai hiasan. Sejukkan sekejap lagi dalam peti.
▶ Dah petang nanti, boleh keluarkan dan siap untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Bakar 5 Spices. Rahsia Bakar Ayam Tapi Isi Kekal Juicy!
Mudah je kan nak hasilkan lotus biscoff ni kan. Cuma ye lah, tak semua akan rasa mudah tu. Dari segi bahan yang digunakan dan juga masa yang ada.
Kita yang dah tahu resepi nak buat macam mana, ada extra masa nak buat dan bahan-bahan dah ada. Boleh cuba follow je resepi saya sharekan ni.
Ada rezeki lebih, kongsikan dengan jiran sebelah rumah. Dan jangan lupa sharekan hasilnya di facebook korang ye. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua!