Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Horlick Oreo 4 Bahan. Simple Je Tapi Serious Sedap!

0 5,692

Sebelum ni pernah sekali je buat kek jenis simple macam ni. Bukan kek horlick oreo ni, tapi kek milo. Dah namanya kek milo kan, berebut tak payah cakap. Tak sempat kek nak sejuk pun dah selamat masuk perut masing-masing.

Yang dah pernah cuba buat kek milo, boleh buat kek Horlick pulak. Benda manis macam ni memang ramai yang suka. Hehe. Tapi, kawal pengambilan ye supaya tidak menghidap pelbagai sakit pulak.

Untuk kek Horlick kali ni, saya akan sharekan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mala Mansor. Beliau kongsikan macam mana nak buat kek Horlick oreo dengan menggunakan 4 bahan sahaja.

Waah! Dengan 4 bahan je pun boleh hasilkan kek yang sedap dan marvellous ye. Kek Horlick oreo ni simple je pembuatan dia. Dalam 4 bahan yang digunakan ni, memang tak gunakan tepung pun. Rasa dia serious sedap!

Kek Horlick oreo ni, sesuai sangat nak buat untuk majlis-majlis atau, buat makan petang. Kalau tetamu datang pun boleh jamu. Sebab nak buat dia sekejap sahaja. Dalam masa 1 jam siap 1 biji kek Horlick oreo kita.

 

RESEPI KEK HORLICK OREO 4 BAHAN

Penggunaan biskut oreo ikut kepada jenis apa yang korang ada. Tapi jika tak ada, beli yang original biasa sahaja ye. Sebab rasa dia akan lebih sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 gelas Horlick
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 10 keping biskut oreo
  • 4 biji telur

CARA PENYEDIAAN KEK HORLICK OREO 4 BAHAN :

▶ Mula-mula sekali, asingkan inti biskut oreo  tadi. Intinya kita tidak akan gunakan. Jadi boleh gunakan untuk kegunaan lain ye.

▶ Sementara tu dalam blender, masukkan Horlick, telur dan juga susu pekat. Kisar sampai semua adunan sebati dan sedikit kembang.

▶ Biskut oreo kita tadi hancurkan. Tak kisah nak hancurkan macam mana pun tapi jangan telalu halus dan jangan pula terlalu kasar. Sedang-sedang sahaja

▶ Satukan bahan yang kita kisar tadi dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau semua bahan sampai sekata dan sebati.

▶ Sediakan loyang. Oles dengan marjerin atau minyak supaya tidak melekat. Kalau ada baking paper lebih bagus.

▶ Tuang adunan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar. Tutup permukaan atas dengan aluminium foil supaya tiada air yang menitik ke atasnya.

▶ Panaskan pengukus dan kukus selama 1 jam.

▶ Dah siap masak, sejukkan sekejap baru keluarkan dari loyang.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Daging Dendeng Versi Perak. Simple Dan Ringkas, Tapi Rasa Memang Padu!

Mudah je kan nak buat kek Horlick oreo 4 bahan ni. Tak sangka boleh hasilkan kek tanpa gunakan tepung kan. Adunan kita tu rasa dulu, kalau tak nak terlalu manis, boleh kurangkan susu pekat manis tu ye.

Bila kita buat kek ni dan masak menggunakan Teknik kukus, kek kita akan jadi lebih sedap dan moist berbanding bakar. Jika dibakar, kurang moist tapi akan wangi dengan kesan bakar dia tu.

Terpulang kalau korang suka cara mana, yang penting dapat hasilkan kek Horlick oreo 4 bahan yang sedap dengan follow je cara yang saya kongsikan ni. Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open