Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kek Butter Warna Warni. Resepi Simple Anak-Anak Comfirm Suka!
Sedap betul kalau dapat makan butter cake yang lembut dan wangi. Selalunya kalau buat yang plain je warna kuning keemasan je kan. Tapi tak salah buat berwarna-warni untuk nampak lebih menarik.
Kek butter ni memang mudah nak buat. Bahan yang digunakan pun tak banyak sangat. Jadi bila rasa nak buat tu, boleh terus buat je. Dalam masa satu jam dah boleh makan.
Ada yang buat plain je sebab malas nak warnakan. Tapi ada yang rajin, buatkan ebebrapa warna supaya anak-anak tertarik. Ada yang buat denga corak-corak biasanya untuk dijual atau terima tempahan.
Seronok pulak tengok kek butter yang dikongsikan Cik Puan Nazuhaina Azu ni. Simple je tapi pandai pandankan dengan warna yang menarik macam ni.
Selain nak buat makan sendiri, boleh juga kalau nak hidangkan untuk tetamu yang datang atau ada majlis kecil-kecilan pun boleh dijadikan hidangan sampingan.
RESEPI KEK BUTTER WARNA WARNI
Nak buat berwarna warni, boleh pilihkan warna yang sesuai dan kalau nak buat yang plain pun boleh jika kita tiada pewarna. Tapi pastikan makan waktu suam, confirm cepat habis licin.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250 gram pure butter ( jenama Anchor)
- 250 gram tepung naik sendiri
- 180 gram gula kastor
- 4 biji telur
- ½ cawan susu segar
- Pewarna ( terpulang berapa warna kita mahu)
CARA PENYEDIAAN KEK BUTTER WARNA WARNI :
▶ Sebelum buat, panaskan oven dalam 20 minit – 30 minit. Jadi sementara itu, boleh siapkan adunan.
▶ Pukul gula, dan butter sehingga kembang dan bertukar warna putih gebu. Jika tiada butter, boleh gantikan dengan marjerin biasa.
▶ Kemudian, masukkan telur, tepung dan susu segar. Pukul sampai warnanya menjadi putih tau. Bila adunan jadi putih maksudnya ianya sudah kembang.
▶ Seterusnya, bahagian kepada beberapa bahagian untuk warnakan. Jika nak buat plain, tak perlu bahagikan kepada bahagian yang lain ya.
▶ Titiskan pewarna dalam setiap bahagian dan adukkan sekata.
▶ Sediakan loyang, oleskan dengan minyak atau marjerin. Masukkan bahan adunan dalam loyang dan lorekkan jika suka.
▶ Bakar dalam oven dengan suhu 150’c selama 50 minit atau sehingga masak.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan daripada loyang. Potong dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cuba Buat Ayam Bakar Guna Air Fyer. Ayam Kekal Lembut Dan Juicy!
Waktu kek hampir masak, bau wangi dan sedapnya kek ni dah memenuhi seluruh rumah. Tak sabar tunggu masak dan tinggal nak ngap sahaja! Kek ni walaupun simple tapi rasa dia super sedap.
Simple dan mudah je kan nak buat kek butter ni. Bila follow resepi ni, ternyata semua orang boleh buat dan confirm menjadi!
Kalau korang nak buat kek ni sebagai hidangan buat tetamu yang datang, boleh save dulu perkongsian kek butter warna warni ni untuk dibuat kemudian hari. Supaya senang nak bila nak buat mudah nak rujuk.