Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Butter Chocolate Rice. Lembut Dan Gebu!

Butter Choc Chip
0 8,580

Pernah tak korang rasa nak makan kek butter yang lembut dan suam-suam lagi rasa dia. Bila cek bahan ada, boleh terus masuk dapur je dan buat. Cuma kali ni beza sikit sebab kita buat kek butter chocolate rice.

Perasaan dia sama tau, macam kita nak minum milo tapi nak yang panas. Nak makan ayam goreng tapi nak yang crunchy2 gitu. Haa, punyalah nak explain perasaan tiba-tiba rasa nak makan kek butter tu kan. Hehe

Buat kek bahan chocolate rice ni antara yang mudah dan senang nak buat. Nak follow buat pun simple sangat sebab resepi yang saya kongsikan lengkap dan detail.

Perkongsian ni, merupakan resepi daripada pemilik facebook Himawari Chan. Nama dah macam adik Shin Chan pulak daripada kartun crayon Shin Chan tu. Hehe.

Kalau korang nak buat kek butter chocolate rice ni, ikut je step by step yang saya kongsikan ni. Kalau buat ikut betul- betul, confirm menjadi.

 

RESEPI KEK BUTTER CHOCOLATE RICE

Kek simple macam ni, setiap orang boleh buat dan insyaAllah confirm menjadi. So, tak hairan lah kalau nampak anak dara kita belasan tahun tu pun rajin nak cuba. Tapi pantau mereka sebab ianya menggunakan oven.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur gred B
  • 1 buku butter
  • 100 ml susu segar
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla/ butter oil
  • Chocolate rice ikut suka nak banyak mana.

CARA PENYEDIAAN KEK BUTTER CHOCOLATE RICE :

▶ Mula-mula sekali, pukul telur sampai kembang. Pukul gunakan mixer untuk lebih cepat.

▶ Bila telur dah betul-betul kembang, masukkan butter, gula dan pukul lagi sampai kembang berkilat dan cantik.

▶ Bahan dan sebati dan kembang masukkan butter oil. Sambil kacau, masukkan susu pekat manis.

▶ Ayak tepung dan baking powder terus ke dalam adunan tadi.

▶ Seterusnya, masukkan susu segar ke dalam adunan. Kacau sebati menggunakan micer sekejap. Kemudian gunakan spatula buat kaedah kaup balik.

▶ Akhir sekali, masukkan chocolate rice. Lagi banyak lagi sedap. Nanti kek kita pun akan nampak menarik. Gaulkan sebati dengan adunan.

▶ Panaskan oven. Masukkan adunan dalam loyang. Sebelum tu, jangan lupa oles loyang dengan minyak atau marjerin. Letakkan baking paper baru masukkan adunan.

▶ Bakar dengan suhu 160 – 170 darjah Celsius selama 40 minit menggunakan api atas bawah.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Caramel Chicken Wing Untuk Hidangan Keluarga. Sekejap Je Tinggal Dah Habis Licin!

 

Bila dah siap, bolehlah hidangkan untuk minum petang. Ada yang suka cicah dengan teh o panas. Meresap dekat kek dan masuk mulut. Padu beb!

Yang mana nak cuba, ikut resepi kek butter chocolate rice yang saya kongsikan ni. Mudah nak buat, dan confirm menjadi. Tak percaya kenalah cuba dulu.

Simpan resepi dan perkongsian ni supaya mudah nak rujuk bila berkelapangan nak buat. Mana tahu ada yang boleh dapat manfaat yang sama macam kita. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open