Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Batik Original. Gunakan 4 Bahan Je Hasil Dia Memang Padu!

Kek batik sedap
0 9,729

Jarang yang tak tahu buat kek batik ni. Semua orang tahu dan pandai. Tapi saya suka kongsikan juga untuk yang baru-baru nak belajar buat kek batik.

Walaupun semua orang tahu buat, tapi hasilnya tetap berbeza. Ada yang suka extra milonya, ada yang suka extra biskutnya, ada yang tak suka manis sangat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, nak buat kek batik ni antara makanan yang paling mudah nak buat untuk kategori dessert atau kek. Dnegan menggunakan 4 bahan sahaja, dah boleh jadi kek batik yang super sedap.

Selain daripada kuantiti, bahan yang digunakan memainkan pernana penting juga. Barulah menjadi kek batik yang premium. Nak makan pulak rasa sayang. Haha.

Kalau kita dapat lihat sekarang ni, dah banyak invasi daripada kek batik yang asli. Ada kek batik indulgence. Dan ada juga kek batik warna hijau dan sebagainya. Bagi yang suka versi original, follow resepi daripada pemilik facebook Merah Aikeyda Ishak ni. Sempoi!

 

RESEPI KEK BATIK ORIGINAL

Perkongsian kek bati ni, mendapat lebih 23 ribu share tau. Lagipun, step by step yang dikongsikan juga menarik dan senang untuk diikuti. Jom saya kongsikan di bawah ni apa bahan yang digunakan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250 gram buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 pek milo 200 gram
  • 1 pek biskut marrie original

CARA PENYEDIAAN KEK BATIK ORIGINAL :

▶ Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat dan juga milo.

▶ Kacau dengan api yang perlahan sahaja sampai semua bahan ni larut.

▶ Sementara tu, pecahkan biskut marrie. Tapi jangan hancurkan tau. Sekadar pecahkan sahaja.

▶ Masukkan biskut marrie yang dipecahkan dan gaul dengan bahan yang dicairkan tadi tu.

▶ Pastikan semua biskut tersalut dengan coklat.

▶ Kemudian, masukkan dalam bekas atau loyang. Padatkan dan masukkan dalam peti sejuk.

▶ Biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam. Barulah boleh dipotong.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Lemak Carrot. Hidangan Unik Untuk Makan Pagi!

 

Senang je kan nak buat kek batik ni. Makan waktu kek sejuk tu memang awesome. Lagi banyak coklat yang digunakan rasa kek batik kita akan lagi sedap dan melekat elok je.

Sesekali nak buat untuk minum petang, hidangkan kepada tetamu yang datang dan juga sebagai hidangan tambahan kalau ada event atau majlis.

Perkongsian mudah untuk buat kek batik original ni saya harap dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Jadi, sharekan juga ke facebook wall masing-masing supaya boleh dapat berikan manfaat kepada orang lain sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open