Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cupcake 5 Bahan. Bakar Guna Air Fryer Je!

Cupcake mudah dan sedap
0 10,691

Ada yang suka makan cupcake? Tahu tak, nak buat cupcake ni antara yang paling disukai oleh pembuat roti dan kek. Dah la simple nak buat, mudah dan senang je nak hasilkan yang sedap dan gebu.

Tapi sebelum tu, tak semua orang suka buat tau. Ada yang lebih prefer buat yang esar dan loyang terus. Terpulang kepada minat masing-masing. Tapi yang ada anak-anak kecil tu, dapat hidangkan dan bagi 1 cupcake comel macam ni dah seronok sangat dia.

Cupcake 5 bahan yang saya akan kongsikan pada hari ni adalah resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noha Fyza Hamzah. Waduh! Tengok step by step yang dia share memang confirm akan jadi. Pakai air fryer je siss!

Disebabkan nak buat cupcake ni mudah dengan 5 bahan je. bolehlah jadikan ianya salah satu aktiviti bersama anak-anak untuk hilangkan rasa bosan dikala PKP melanda ni.

Bukan anak-anak je happy tau. Ia juga terapi untuk kita mak-mak bagi meluangkan masa bersama. Bila dah siap ajak sama-sama mengemas. InsyaAllah pasti mudah.

 

RESEPI CUPCAKE 5 BAHAN

5 bahan yang digunakan untuk membuat cupcake ni dah berhasil membuatkan cupcake kita jadi gebu dan wangi. Kalau dah siap bakar nanti, memang satu rumah akan bau sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula
  • 1 ½ cawan marjerin

CARA PENYEDIAAN  CUPCAKE 5 BAHAN :

▶ Mula-mula sekali, pukul marjerin, gula dan juga esen vanilla

▶ Pukul sampai kembang. Sehingga adunan jadi putih je.

▶ Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan je gunakan senduk atau spatula.

▶ Bila dah sebati, pecahkan semua telur dalam mangkuk dulu.

▶ Kocak telur sampai berbuih.

▶ Seterusnya barulah masukkan dalam adunan tadi.

▶ Kacau dan kaup balik je dalam bekas kita tadi.

▶ Semua dah sebati, masukkan adunan dalam acuan atau cup dia.

▶ Boleh hias bahagian atas dengan apa-apa sahaja yang kita suka. Coklat chip, badam, choclat rice atau sebagainya.

▶ Bakar dalam air fyer dengan suhu 200’c selama 15 minit.  Jika bahagian atas dah bertukar warna tapi bahagian dalam belum masak, tambah masa tetapi tutup bahagian atas kek dengan aluminium foil untuk elakkan bahagian atas hangit.

BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Merah Persis Kedai Thai. Guna Sos Labu Cantik je Merah!

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Mudah sangat kan nak buat cupcake ni. Step senang, bahan mudah. Rasa pun sedap marvellous.  Boleh cuba buat dan sesuai untuk hidangan minum petang, santai-santai atau event kecilan pun boleh.

Teruja kan boleh buat cupcake gunakan air fryer. Jika ada air fryer ni memang memudahkan kerja. Banyak benda boleh bakar dan buat tanpa gunakan oven.

So, kepada semua yang nak buat resepi cupcake ni bolehlah cuba dan ikut je step by step yang saya kongsikan ni. Confirm menjadi anak-anak pun suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open