Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Apam Pisang Bakar Sedap Dan Marvellous. Resepi Simple Dan Mudah!

Apam pisang tanpa serbuk punaik
0 3,773

Siapa pernah makan apam bakar? Makanan kampung zaman dulu-dulu mak nenek kita ni memang terbaik betul rasa dia. Gunakan pisang je boleh jadikan apam bakar super sedap ni.

Biasanya ada pisang lebih, buat cucur, cekodok, lempeng atau boleh juga dibuat apam bakar ni. Resepi dia simple je nak buat dan sedap dimakan panas-panas.

Bila makan kuih ni, boleh lah menggamit memori mak ayah kita zaman kanak-kanak dia dulu. Nak pulak, makan apam bakar ni waktu tengah hujan memang boleh buat kita makan bertambah lah jawabnya.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak share resepi yang dikongsikan oleh facebook N Joy Cooking ni. Sekejapan je boleh siap dan bersedia untuk makan.

Boleh save dulu resepi ni untuk buat di kemudian hari. Senang nak cari balik nanti. Kuih kampung macam ni jarang yang tak suka.

 

RESEPI APAM PISANG BAKAR

Boleh gunakan apa-apa pisang yang korang ada. Pastikan pisang yang dah masak dan sesuai tau seperti pisang awak.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 500 gram tepung beras
  • 1 cawan tapai nasi
  • 2 ¼ cawan air
  • 1 cawan mumbung gula pasir
  • 5 biji pisang kapas ( lenyek sampai hancur)
  • ¼ sudu kecil biji lada hitam
  • 1 atau 2 batang serai
  • ½ inci halia
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit Garam

CARA PENYEDIAAN APAM PISANG BAKAR :

▶ Mula-mula sekali, kisar tapai nasi, gula dan serai bersama dengan 2 cawan air. Kisar sampai betul-betul hancur

▶ Kemudian masukkan dalam bekas yang besar.

▶ Seterusnya, larutkan gula merah dengan baki ¼ cawan air lagi. Tapiskan dan campur ke dalam adunan tapai yang dikisar tadi.

▶ Menggunakan lesung batu, tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam sampai hancur lumat. Masukkan dalam adunan tadi bersama pisang lenyek.

▶ Masukkan sedikit garam dan gaulkan sehingga semua bahan sebati dan tidak bergentel.

▶ Perap dulu selama seharian. Kalau nak buat esok pagi, boleh buat mala mini untuk penyediaan tepung dan adunan.

▶ Sampai masa, oleskan minyak atas kuali dan letakkan satu senduk adunan dan bakar sehingga sedikit garing.

▶ Siap dan sedia untuk dimakan sebagai breakfast!

 

Sediakan juga kelapa parut, gaulkan dengan garam dan kukus sekejap sekitar 5 minit. Ini adalah untuk elakkan kelapa parut kita cepat basi.

Kalau perasan, salah satu bahan yang digunakan adalah tapai nasi. Dan tapai nasi ni tiada dijual di kedai melainkan kena buat sendiri. Kalau ada yang jual pun sangat jarang kita nak jumpa di Kawasan bandar ni.

Untuk buat tapai nasi ni, jom saya kongsikan cara-caranya.

 

RESEPI TAPAI NASI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan nasi dingin atau nasi sejuk
  • ½ biji ragi

BACA JUGA: Masakan Ayam Singgang Kelantan Yang Simple Dan Awesome. Resepi Mudah Dan Marvellous!

CARA PENYEDIAAN BUAT TAPAI NASI :

▶ Letakkan nasi sejuk atas talam dan taburkan ragi supaya semua nasi kena dengan ragi.

▶ Gaulkan sekata

▶ Bila dah sekata, simpan selama 2 hari dalam bekas tertutup. Boleh juga masukkan dalam plastic dan ikat kemas.

▶ Selepas dua hari, baru boleh gunakan tapai nasi ni.

Kepada yang nak buat resepi apam bakar ni kena lah siapkan awal untuk bahan adunan tepungnya. Tidaklah susah nak buat. Cuma makan masa sedikit sahaja. Tapi, bila dah siap bakar nanti confirm berebut makan tau!

Kalau suka makanan kampung, resepi dulu-dulu boleh cuba buat resepi ni. Follow je sebijik-sebijik step yang saya kongsikan ni. InsyaAllah mesti menjadi!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open