Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Kek Lapis Belacan Lumut Cheese. Tak Sangka Mudah Dan Rasa Serious Sedap!

0 6,381

Bagi orang Sarawak, sudah pasti dah biasa sangat makan kek lapis Sarawak kan. Rupanya ada banyak perisa kek lapis Sarawak yang kita boleh rasa. Termasuklah kek lapis belacan lumut cheese yang sedap dan moist ni.

Nak buat kek lapis ni, ada yang suka kukus dan ada yang suka bakar. Dua-dua ada rasa yang tersendiri. Jika kukus ianya lebih moist manakala jika ianya dibakar, kek akan jadi lebih wangi.

Perkongsian kek lapis belacan lumut cheese ni adalah resepi yang dikongsikan oleh Tuan Kizzan Bin Rajali ni. Walaupun nama dia ada belacan, tapi jangan risau kerana tidak menggunakan belacan walau sedikit pun.

Hanya rupa dan warna sahaja seperti belacan yang menyebabkan ianya dipanggil atau diberi nama kek lapis belacan lumut cheese. Menariknya kek ini, ada tiga layer kesemuanya dan kesemua layer ada rasa yang tersendiri.

Bagi yang nak cuba buat resepi kek lapis belacan lumut cheese ni, hanya perlu follow je resepi yang saya kongsikan ni. Nak buat makan boleh, nak buat jual pun boleh.

 

RESEPI KEK LAPIS LUMUT CHEESE

Pembuatan kek lapis lumut cheese ini akan dibuat mengikut layer. Dan bagi setiap layer bahan-bahan yang digunakan juga adalah berbeza-beza. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN KEK LAPIS BELACAN :

  • 250 gram mentega
  • ½ cawan gula halus
  • 4 bij itelur
  • 3 sudu makan susu manis
  • 100 gram tepung gandum
  • 200 gram Horlick
  • 50 gram milo
  • 100 gram coklat masakan ( dicairkan)
  • 1 sudu makan browning sugar
  • Sedikit esen vanilla

 

BAHAN KEK LAPIS LUMUT :
  • 250 gram mentega
  • ½ cawan gula halus
  • 5 biji telur
  • 3 sudu makan susu manis
  • 100 gram tepung gandum
  • 200 gram Horlick
  • Sedikit pandan paste
  • Pewarna hijau
  • Sedikit esen vanilla

 

BAHAN KEK LAPIS CHEESE :
  • 250 gram cream cheese
  • 3 sudu makan mentega
  • ½ cawan gula halus
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN KEK LAPIS LUMUT CHEESE :

▶ Mula-mula sekali, buat bahan untuk bahagian bawahnya terlebih dahulu iaitu kek lapis belacan.

▶ Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sampai sebati.

▶ Seterusnya, masukkan tepung gandum. Kacau lagi sampai bahan sekata.

▶ Masukkan susu manis, Horlick, dan juga milo. Kacau sebati bahan-bahan tersebut.

▶ Akhir sekali, masukkan coklat masakan, browning sugar dan juga esen vanilla.

▶ Pukul sampai adunan betul-betul sebati.

▶ Masukkan dalam acuan loyang. Dan bakar dengan suhu 150’c selama 10-15 minit. Ikut oven masing-masing.

▶ Sementara bahagian bawah masak, sediakan pula bahagian tengahnya iaitu kek lapis lumut.

▶ Seperti tadi, pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Bila dah kembang, pecahkan telur sebijik demi sebijik sambil pukul rata dan sebati.

▶ Masukkan tepung gandum dan kaup balikkan sebati. Kemudian masukkan susu manis, Horlick, dan milo. Gaul sekata.

▶ Bezanya untuk kali ini, masukkan pes panda, pewarna hijau dan juga esen vanilla.

▶ Pukul sampai kembang dan sebati. Bila bahagian bawah tadi dah siap masak. tuang pula bahagian tengah ini di atasnya.

▶ Bakar lagi dengan suhu yang sama selama 10- 15 minit.

▶ Bahagian bawah dan tengah dan siap, sediakan pula bahagian atas atau toppingnya.

▶ Pukul  cream cheese bersama mentega sehingga sebati.

▶ Kemudian masukkan gula dan telur. Pukul sampai semua bahan kembang.

▶ Seperti tadi juga, kek dah masak. Tuang bahagian cheese ini di atasnya dan bakar sekali lagi dengan suhu dan masa yang sama.

▶ Dah siap masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Khao Mok Gai Lengkap Yang Wajib Kita Cuba. Sedap Marvellous!

 

Waah! Bestnya bila dah pandai buat kek lapis belacan lumut cheese ni. Seolah-olah membuat 2 kek lapis dengan lapisan cheese di atasnya.

Bagi yang baru nak belajar, resepi yang jelas macam ni memang sangat-sangat membantulah untuk menghasilkan rasa yang sedap dan lembut.

Saya harap perkongsian resepi kek lapis lumut cheese ni boleh membantu korang semua dan memberi manfaat kepada yang lain juga. Saya ucapkan selamat mencuba buat semua yang nak try!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open