Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Tak Puas Makan Chezzy Wedges KFC, Jom Cuba Buat Sendiri Puas Dapat Makan Banyak!
Pantang makan KFC pasti akan oder sekali cheezy wedgesnya. Walaupun mahal sikit,tapi tetap beli puaskan keinginan tekak. Benda bukan dapat selalu kan. Bila lalu dekat wall, ramai yang kongsikan cara buat chezzy wedges homemade je korang!
Tak sangka senang sangat rupanya nak buat chezzy wedges yang sedap, rangup macam KFC tu. Silap-silap lagi sedap dari KFC tau! Bila dah siap tu, tak payah cakap memang berulang makan sampai habis licin.
Bukan buat wedges sahaja, tap isos chezzy pun boleh buat sendiri sahaja dan barulah puas hati dapat makan sos banyak. Al-maklumlah kalau di kedai, sos nya memang tak puas hati. Tak balance dengan kentang yang disediakan.
Dah tahu buat sendiri ni, eloklah buat banyak dan simpan dekat freezer untuk tahan lebih lama. Makanan macam ni, memang anak-anak punya kegemaran lah cerita dia. Sekejap-sekejap rasa nak gorengkan aja.
Perkongsian resepi ni saya jumpa daripada Cik Puan Ida Royani atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ida. Banyak resepi yang beliau pernah kongsikan dalam media sosial dan memberikan manfaat kepada ramai orang.
RESEPI CHEZZY WEDGES HOMEMADE
Kalau lihat pada kulit kentang, sudah pasti kita tanpa fikir Panjang akan kupas buang kan. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya kentang yang digoreng sedap dimakan bersam kulitnya sekali. Dan kulitnya tu mestilah dibasuh bersih-bersih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kentang
- 1 kiub pati ayam
- Tepung bestari
CARA PENYEDIAAN WEDGES NYA:
▶ Mula-mula sekali basuh bersih kentang dan potong berbentuk wedges.
▶ Kemudian, rebus bersama stok ayam sehingga separuh masak.
▶ Agak-agak dah half cook tu, angkat dan toskan airnya.
▶ Ketika masih panas tu, tabur tepung bestari. Golekkan kentang atas tepung dan biarkan dia sejuk.
▶ Sebelum simpan, tabur lagi sekali kentang ni dengan tepung bestari. Masukkan dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk.
▶ Nanti, tepung tadi akan hasilkan serdak yang melekat-lekat dekat kentang kita. Bila digoreng memang crunchy!
Dah siap wedgesnya nak cicah dengan apa kan? Haruslah siapkan sos chezzy wedges yang awesome ni. Confirm korang suka punyalah!
Bahan-bahan cheezy sos :
- 1 tin susu cair
- ½ tin air kosong
- 3-4 keping cheddar cheese
- 1-2 ketul stok ayam ( kiub pati ayam)
- Sedikit lada sulah
- Sedikit pewarna kuning
- Bancuhan tepung bestari / tepung jagung
- 1-2 sudu marjerin
CARA PENYEDIAAN CHEZZY SOS :
▶ Satukan je semua bahan di atas di dalam kuali. Kacau tanpa henti sampai sos ni jadi tekstur pekat dan likat.
▶ Bila nampak dah likat, padamkan api. Biarkan sejuak sekejap, masukkan ke dalam botol sos.
▶ Picit atau lalukan dekat wedges kita yang dah siap digoreng.
BACA JUGA: Buat Masakan Chinese Ayam Masak Kung Pao. First Time Dengar Nama Tapi Sedap Yakmat!
Macam mana? Nampak senang je kan sebenarnya nak hasilkan chezzy wedges ala KFC ni. Gunakan kentang yang ada dekat dapur tu, dah boleh terus mula buat.
Sesekali ubah selera makan western macam ni pun okay kan. Buat untuk hidangan petang bagi menggantikan pisang goreng, kuih, cekodok dan sebagainya.
Kalau korang nak cuba buat, saya rekemenkan untuk follow resepi chezzy wedges homemade simple ni. Mudah nak follow dan dapat hasilkan rasa yang sedap dan crunchy. Selamat mencuba!