Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Thai Dessert “Ruam Mitr” Yang Sedap Sangat! Penggemar Boba Wajib Cuba!

0 1,147

Ha! Ada tak kat sini penggemar boba? Yang hantu boba wajib cuba resepi Thai dessert “Ruam Mitr” ni. Memang sedap sangat! Rasa kenyal-kenyal gitu. Anak-anak yang dah cuba pasti suka dengan dessert ni.

Resepi ni sangat mudah dibuat. Boleh dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa atau bila ada majlis terbuka di rumah. Ruam mitr ni sejenis bubur yang boleh dihidang panas-panas atau di campur dengan ais dan dimakan sejuk.

Warnanya pula sangat menarik. Satu adunan tepung boleh dibahagikan kepada 3-4 bahagian. Dan di campur dengan warna kesukaan masing-masing. Untuk doh, dessert ini cuma perlu menggunakan tepung ubi, air panas dan pewarna sahaja. Mudahkan!

Manakalah untuk kuah, bahan-bahan yang diperlukan sangat lah mudah di perolehi. Dan tidak juga memerlukan bahan yang banyak. Boleh juga ditambah dengan keledek, jagung dan nangka jika suka.

Mungkin dah ada yang terliur dan terasa tekak nak cuba resepi ni kan? Kalau macam tu, jom kita cuba resepi ruam mitr yang dikongsikan oleh Cik Puan Ilyani Kori ni. Confirm nak lagi bila dah cuba sekali!

 

RESEPI THAI DESSERT “RUAM MITR

Kat bawah ni dah share semua bahan-bahan yang diperlukan. Kalau dah lengkap, apa tunggu lagi. Jom kita cuba buat ruam mitr untuk hidangan berbuka puasa nanti. Nak buat banyak pun boleh. Share-share lah kat jiran tertangga, dapat juga pahala.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk doh :
  • Tepung ubi kayu
  • Air panas
  • Pewarna

 

Bahan-bahan untuk kuah :
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu

**Boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

CARA PENYEDIAAN RUAM MITR :

▶️ Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas kedalam tepung ubi sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh.

▶️ Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput.

▶️ Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan ke dalam air. Ketepikan.

▶️ Dalam periuk, masukkan air, gula, garam dan daun pandan.

▶️ Kemudian, masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu.

▶️ Tos doh siput kita buat tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Raya Snow Nestum Tanpa Bakar. Takde Oven Pun Boleh Buat Tau!

 

Sedia untuk dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais! Sedap tau pencuci mulut Thai ni. Rugi sangat la kalau tak cuba. Kalau nak tambah jagung, keledek atau nangka, sila masukkan sebelum santan ye.

Ada sedikit tips dari Cik Puan Ilyani Kori berkenaan dengan doh iaitu masukkan air panas sedikit dan uli tepung. Seterusnya, masukkan lagi sedikit demi sedikit air secara  selang seli. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam gitu. So, penting ye tips ni!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ilyani Kori kerana sudi berkongsi resepi Thai dessert “ruam mitr” ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open