Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Scone Homemade Guna 4 Bahan. Rasa Macam Scone Kat Cameron Highland!

0 116

Orang yang pernah pergi Cameron Highland mesti teringat-ingat nak makan scone kan. Ha, ni dia resepi scone homemade guna 4 bahan je. Kat rumah pun boleh buat scone macam kat Cameron ye. Follow je resepi nya kat sini.

Scone ni boleh dibuat pelbagai perisa. Antara scone yang sedap aku pernah cuba kat Cameron adalah scone red velvet, butterscotch, cheese dan chocolate chip. Makan dengan jem strawberry memang sedap!

Tak kan nak pegi Cameron je baru nak makan scone kan. Kali ni kita buat sendiri je kat rumah. Tak susah mana pun buatnya. Hanya perlu guna 4 bahan sahaja. Nampak orang jual macam susah nak buat kan. Padahal mudah je.

Resepi scone homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zatil Arip. Sampai ke hari ni, resepi ni dah dapat 6.1k share kat Facebook. Pegi beli barang. Kita buat memasing kat rumah.

Save resepi ni siap-siap. Boleh jugak la buat lepas craving makan scone kat rumah nanti. Scone ni lagi sedap di makan panas-panas ye. Cicah dengan jem strawberry lagi sedap. Terus feeling-feeling makan kat Cameron.

 

RESEPI SCONE HOMEMADE 

Tak nak buang masa lagi, jom kita lihat 4 bahan yang diperlukan dalam penyediaan scone homemade ni. Step penyediaannya seperti dibawah. Take note jugak untuk korang yang nak buat scone pelbagai perisa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan Scone biasa/plain :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu segar sejuk
  • 1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)
  • Homemade buttermilk
  • 1 cawan susu segar + 2 sudu besar jus lemon/limau

CARA PENYEDIAAN SCONE HOMEMADE 

▶️ Parut mentega masuk terus dalam tepung.

▶️ Ramas sampai jadi serbuk roti.

▶️ Tambah buttermilk & gaul ala kadar je.

▶️ Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.

▶️ Tekap guna acuan bulat/gelas tanpa ‘twist’.

▶️ Susun atas alas bakar dalam loyang.

▶️ Kacau sebiji telur dan 1 sudu air & sapukan pada permukaan doh.

▶️ Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Masak Kicap Berempah. Sedap Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

 

Mudah je kan nak buat scone Cameron ni. Yang ni perisa asli ye. Kalau sukakan scone pelbagai rasa, sebelum langkah 3 perlu masukkan bahan tambahan pilihan contoh savoury, kismis dan chocolate chips.

Untuk savoury. Tumis setengah labu bawang holland, 1 sudu cili kisar dan 2 batang sosej dipotong dadu kecil berserta bahan perasa seperti gula, garam & lada hitam. Kemudian, follow je step 3 sampai akhir.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zatil Arip kerana sudi berkongsi resepi scone homemade guna 4 bahan ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open