Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Tembikai Yang Menggunakan Agar-Agar Dan Juga Roti. Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk, Anda Wajib Mencubanya!

0 1,326

Pencuci mulut yang mampu menarik perhatian iaitu puding tembikai. Puding ini sangat menarik dan secara fizikalnya menyerupai buah tembikai yang dipotong segi tiga. Ianya juga merupakan pencuci mulut yang sedap dimakan sejuk.

Resepi puding ada pelbagai contohnya puding roti, puding jagung, puding coklat dan macam-macam lagi. Kali ini puding roti yang berbentuk buah tembikai pula. Semakin kreatif orang kita ni dalam mempelbagaikan dessert.

Anak-anak pasti tertarik dengan menu ini. Bahan utama yang digunakan dalam puding roti ini ialah agar-agar dan juga roti. Sangat sesuai dihidang pada bulan ramadhan. Kalau ada roti nak expired jangan dibuang cepat-cepat buat puding. Taklah membazir.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi puding roti berbentuk buah tembikai ini, boleh ikuti perkongsian dari seorang penggunak facebook iaitu Cik Puan Cik Pah. Cuba jangan tak cuba!

Bila dihidangkan buat tetamu untuk sambutan hari jadi, mesti laju je habis. Anak-anak mesti tertarik dengan rupa fizikalnya. Menurut cik piah, puding ini sering kali dihidang dirumahnya bila masuk bulan ramadhan dan sangat disukai anak bungsunya,

 

RESEPI PUDING TEMBIKAI

Mesti ada yang tengah buat puasa 6 sekarang ni kan. Apa kata anda cuba resepi ni buat pencuci mulut semasa berbuka nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 1/2 cwn gula kastor (optional)
  • 2 sb butter
  • 3 cwn air
  • 1 st esen vanila

 

Bahan B :
  • 4 keping roti putih (dibuang bahagin tepinya)
  • 2 bj telur
  • 1/2 cwn@ 3 sb susu pekat manis
  • 280 ml susu cair

*Bland semua bahan hingga halus

 

Bahan lain :
  • Pewarna merah dan hijau

CARA PENYEDIAAN PUDING TEMBIKAI :

▶️ Masak bahan A hingga larut dan mendidih.

▶️ Kemudian, masukkan bahan B tadi. Sentiasa kacau dan gunakan api sederhana.

▶️ Bila dah mendidih dan pekat tutup api. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan warna asal, satu bahagian lagi campur dengan warna hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.

▶️ Kacau hingga sebati dan jangan berketul-ketul. Part kacau ni kena cepat sebab adunan cepat membeku. Bahagian hijau ambil 3 senduk gulai, bahagian yang asli dalam 2 senduk lebih sikit dan selebihnya warna merah.

▶️ Tuangkan adunan hijau dahulu. Kemudian, diikuti dengan warna yang asli selebihnya warna merah.

▶️ Sejukkan dahulu, baru masukkan dalam peti.

▶️ Dah sejuk potong berbentuk 3 segi. Kemudian hiaskan dengan bijan hitam untuk kelihatan sama seperti biji tembikai.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Pandan Ala Thai Yang Sedap. Aroma Bau Daun Pandan Segar Yang Cukup Menyelerakan!

 

Siap untuk dihidang. Sebelum dipotong simpan dalam peti dulu. Dah sejuk nanti bolehlah potong dan makan sejuk-sejuk. Heaven je lalu kat tekak.

Nak puding tu ada rasa coklat chip boleh gantikan bijan hitam tu kepada coklat chip. Sama je rupanya nanti. Akan jadi macam tembikai yang sudah dipotong. Nak guna kismis pun boleh.

Ibu-ibu wajib cuba resepi ni. Pasti anak-anak suka. Semoga resepi puding tembikai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open