Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Mango Danish Lemak Berkrim. Confirm Nak Lagi!

0 2,702

Resepi baru hari ini adalah dessert puding mango danish. Puding adalah makanan manis yang mempunyai tekstur yang kenyal dan lembut. Bahan yang menjadikan ia kenyal dan lembut adalah agar-agar.

Puding akan disatukan dengan bahan tambahan lain seperti susu, yogurt, karamel dan juga buah-buahan segar. Puding merupakan pencuci mulut yang biasanya akan dihidang selepas makan makanan yang berat.

Puding memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut di majlis-majlis. Selain menyejukkan tekak, ia juga tentunya akan memeriahkan lagi suasana dan menjadi pelengkap hidangan utama.

Resepi asal puding mango danish ini adalah resepi daripada Cik Puan Shai Anne Ahemed. Beliau berkongsi resepi ini pada bulan ramadhan tahun lalu.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan ramadhan akan tiba. Bolehlah cuba puding mango danish ini  sebagai juada berbuka puasa. Mesti anak-anak dan encik suali suka.

 

RESEPI PUDING MANGO DANISH

Sekarang pula musim orang menjual mangga. Mesti ramai yang simpan stock mangga kat rumah. Jadi apa tunggu lagi, jom follow resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Lapisan A
  • 1 paket agar tali (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji mangga di blend dengan 1/2 cawan

Bahan Lapisan B
  • 1 paket agar tali (10gm)
  • 1 kotak fresh milk full cream (1 liter)
  • 1 cawan gula
  • 1 liter air

CARA PENYEDIAAN PUDING MANGO DANISH:
Bahan Lapisan A

▶️ Campurkan serbuk agar, gula dan 3 1/2 cawan air kedalam periuk.

▶️ Masak sehingga larut.

▶️ Masukkan mangga yang telah dikisar dan juga susu cair. Gaul sehingga sebati.

▶️ Didihkan atas api yang perlahan.

▶️ Kemudian tutup api dan tapis bahan masakan tadi.

▶️ Biarkan wap panasnya hilang, kemudian tuang perlahan ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk seketika.

Bahan Lapisan B

▶️ Masakkan agar tali menggunakan 1 liter air. Biarkan sampai agar-agar larut dan hancur.

▶️ Masukkan gula dan biarkan mendidih seketika.

▶️ Tuangkan susu full cream bila agar-agar sudah hancur. Tutup api bila ia sudah meruap. Jangan tunggu sampai menggelegak.

▶️ Tuangkan bahan lapisan B ke dalam bekas lapisan A.

▶️ Biarkan ia sampai memejal dan sejuk.

Bahan toping (pure mango)

▶️ 1 biji mangga dipotong dadu.

▶️ 1 biji dikisar dengan 2 sudu besar gula (boleh masukkan 1/2 cawan air) jadikan pure mangga.

▶️ Terakhir sekali, hidangkan bahan toping (mangga dadu dan pure mangga) di bahagian atas puding.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Nenas Yang Simple. Masam Manis Yang Pasti Menyelerakan!

 

Siap! Nampak sedap sangat dessert ni. Rasa puas sebab dipenuhi dengan buah mangga asli.

Ada yang mula risau sebab agak manis. Jangan risau kalau tak nak manis boleh juga kurangkan penggunaan gula. Mungkin anda lebih suka dengan manis asli buah mangga berbanding pengambilan gula.

Semoga resepi puding mango danish yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama pada penggemar puding dan juga penggemar buah mangga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open