Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pengat Pisang Nangka Untuk Minum Petang. Makan Sejuk Atau Panas Pun Boleh!

0 160

Siapa suka makan pengat pisang? Haa, ni resepi khas untuk korang. Pengat pisang ni korang nak makan sejuk atau panas pun boleh ye. Dua-dua pun sedap. Korang yang tak pernah try buat sendiri kat rumah, follow la resepi pengat pisang nangka ni kat sini. Mudah dan semestinya sedap!

Aku tak gemar sangat makan pisang nangka yang digoreng. Tapi bila buat pengat, lain pulak sedapnya. Semangkuk tak cukup. Tapi aku lagi suka makan sejuk-sejuk yang keluar dari peti berbanding panas. Buat legakan tekak la katakan.

Pengat pisang ni boleh di masak dengan pelbagai cara ye. Baru ni mak kawan aku bagi pengat pisang. Aku pelik sebab dalam pengat tu macam ada tekstur telur yang dihancurkan. Tapi rasa dia sedap tau! Cuma aku tak sure macam mana mak dia buat.

Tapi hari ni aku nak share kat korang resepi pengat pisang nangka dari Cik Puan Nurlina Liyana. Nampak sedap ye pengat ni. Kuah pun pekat. Terliur pulak dibuatnya! Aku tengok bahan yang digunakan pun tak banyak. Bahan-bahan yang biasanya ada kat dapur kita.

Pisang nangka ni memang sesuai buat pengat sebab pisang ni rasa manis walaupun sedikit kelat. So, sesuai di lawankan dengan kuah pengat yang rasa lemak-lemak tu. Buh sagu lagi best makan tau. Jom follow resepi ni sampai habis.

 

RESEPI PENGAT PISANG NANGKA 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan pengat pisang nangka ni. Hiris pisang jangan tebal sangat ye, tak best makan pulak nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sesisir pisang nangka
  • Gula melaka
  • Sedikit gula pasir
  • Air
  • Sedikit sagu
  • Sedikit garam
  • Santan pekat/santan kotak
  • Sehelai daun pandan disimpulkan

CARA PENYEDIAAN PENGAT PISANG NANGKA : 

▶️ Masukkan air dalam periuk dan masukkan sagu bersama pisang. Masak hingga mendidih.

▶️ Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam serta daun pandan.

▶️ Masak hingga mendidih sampai sagu masak dan pisang jadi sedikit lembut.

▶️ Masukkan pulak santan dan masak lagi hingga mendidih.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cempedak Goreng Rangup Untuk Minum Petang! Rangup Krup Krap Walaupon Sejuk!

 

Tunggu sejuk sikit baru makan ye. Terbakar lidah pulak nanti. Mudah kan buat pengat pisang ni. Korang yang suka makan sejuk-sejuk, boleh masuk pengat ni dalam peti ais dulu. Dah sejuk nanti, boleh la layan untuk sejukkan dan maniskan tekak.

Wangi tau bau pengat pisang nangka ni. Masa menggelegak tu, bau pengat dah terhidu satu rumah. Terus rasa tak sabar nak makan. Yang buat pengat ni bau wangi adalah daun pandan. Korang jangan lupa letak tau. Wajib! Takde aroma masakan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurlina Liyana kerana sudi berkongsi resepi pengat pisang nangka ini di Facebook. Pengat lover kena try resepi ni. Semoga resepi ni juga memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open