Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuah Cocktail Yang Paling Sedap. Confirm Tak Cari Resepi Lain Dah Lepas Ni!

0 133

Macam mana nak dapatkan kuah cocktail paling sedap? Ha, ni dia tips nak dapatkan rasa kuah cocktail paling sedap. Rasa kuah tak manis dan tak tawar. Just nice! Jom follow resepi kuah cocktail ni kat sini. Confirm tak cari resepi lain dah lepas ni.

Banyak-banyak dessert, cocktail la paling mudah nak buat bagi aku. Bukan buah jadi penentu cocktail tu sedap. Tapi kuahnya. Korang boleh letak apa je jenis buah yang korang nak. Janji buah naga kena ada. Sebab kuah cocktail nanti akan jadi lawa.

Bahan lain yang wajib korang letak dalam cocktail ni adalah nata de coco. Pastikan ambil isi sahaja. Tapis dan buang semua airnya. Kalau tak kuah cocktail jadi tak sedap. Akan cair nanti! Ais ketul pun tak boleh letak dalam cocktail ni, biar sejuk dalam peti.

Cocktail yang kita letak ais ketul akan mencair dan buatkan cocktail kita tu tawar. Spoil pulak mood nak makan cocktail ni nanti. Terpaksa nak kena adjust tang susu pulak. Biar dalam peti sejuk je. Rasa kuah dia masih padu dari mula buat sampai licin.

Resepi kuah cocktail yang paling sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zakiah Salehu. Tengok la hasil cocktail yang dah siap kat gambar tu. Memang menyelerakan! Warna dia pun dah lawa, apa tah lagi rasanya!

RESEPI KUAH COCKTAIL PALING SEDAP

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuah cocktail paling sedap ni. Step by step cara penyediaannya seperti dibawah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3/4 tin susu pekat
  • 2 tin susu cair
  • 2 tin cocktail (pakai jenama HOSEN, buah die tak lecah)
  • Laici or nata de coco

CARA PENYEDIAAN KUAH COCKTAIL PALING SEDAP : 

▶️ Masukkan susu pekat, susu cair dan cocktail.

▶️ Kemudian, boleh tambah laici atau nata de coco.

▶️ Kemudian, boleh tambah buah kalau nak. Dalam resepi ni ada dragon fruit. Kuah pun jadi pink-pink.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Poket Doremon Untuk Minum Petang. Confirm Sedap Dan Puas Hati!

 

Sukatan kat atas tu untuk korang yang nak makan ramai-ramai. Kalau nak buat sikit, korang boleh pakai 1 tin coctail, 1 tin susu cair dan 1/4 tin susu pekat. Lepas tu tambah la laici atau buah yang korang suka. Kalau nak letak nata de coco, tetap kena buang airnya.

Ramai giler yang share resepi ni kat Facebook. Mesti ramai jugak yang dah cuba kan. Cocktail ni hidangan paling famous bila ada jamuan atau sambutan apa-apa majlis. Dijadikan pencuci mulut dan ramai penggemarnya. Rugi tak save resepi ni siap-siap!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zakiah Salehu kerana sudi berkongsi resepi kuah cocktail yang paling sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open