Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Filipino Fruit Cocktail Guna 3 Bahan. Senang Giler Nak Buat Dan Gerenti Sedap!
Ni dia dessert paling sedap dari Filipino. Hanya guna 3 bahan sahaja. Senang giler nak buat dan gerenti sedap. Jom kita try resepi Filipino fruit cocktail ni. Dah makan sekali, pasti nak lagi. Rugi tau tak cuba dessert ni.
Isteri pak sedara aku asal dari Filipino. Setiap kali balik ke rumahnya. Pasti ada je dessert yang sedap-sedap dibuatnya. Especially, bila ada majlis kat rumahnya. Antara dessert yang aku suka. Dah tentu dessert Filipino fruit cocktail ni.
Selalu tanya dia resepi Filipino fruit cocktail ni. Tapi katanya, kalau nak makan nanti, bagi tau je. Nanti dia buatkan. Susah sangat nak dapat resepi dari dia. Segan pulak nak minta dia buat. Jadi aku pun cari la resepi dia kat Facebook.
Alhamdulillah, dapat jugak ha resepi Filipino fruit cocktail ni. Resepi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Syuhada Che Din. Ramai tau yang share resepi ni. Dah hampir 2.6k share.
Dessert ni kena makan sejuk-sejuk baru terasa nikmatnya. Dah siap buat nanti, korang masuk dulu dalam peti. Bagi sejuk baru syok nak makan. Rasa fresh je bila lalu kat tekak. Makan time cuaca panas maman best.
RESEPI FILIPINO FRUIT COCKTAIL
Tengok kat gamba macam whipping cream semata. Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dałam penyediaan Filipino fruit cocktail ni. Guna 3 bahan je. Rujuk cara penyediaannya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Whipping cream
- Mix fruit cocktail
- Susu pekat
CARA PENYEDIAAN FILIPINO FRUIT COCKTAIL :
▶️ Sediakan bekas, masukkan fruit cocktail dan buang air nya.
▶️ Masukkan susu pekat. Ikutlah nak manis mana. Letak 1 sudu besar pun dah okey. Untuk saiz bekas macam kat dałam gambar.
▶️ Tuang whipping cream. Gaul sekata.
▶️ Lepas tu masukkan dalam peti ais kasi sejuk. Baru boleh makan.
BACA JUGA : Resepi Kepah Sambal Berlado Tempoyak. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Lagi best kalau ada nata de coco atau buah-buahan segar. Bahan-bahannya. Boleh tambah nata de coco dan fresh fruit ye. Lagi padu nak makan nanti! Rasa masam manis buah memang sedap giler.
Rasa creamy dan berlemak Filipino fruit cocktail ni. Sebijik rasa macam dessert mak sedara aku buat. Tak payah buat dessert yang susah-susah kalau ada majlis nanti. Buat dessert cocktail pun cukup.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Syuhada Che Din kerana sudi berkongsi resepi Filipino fruit cocktail guna 3 bahan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!