Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Congo Bars Yang Mudah Tanpa Mixer. Rasa Kurang Manis Yang Memang Sedap!

0 971

Congo bars Beryls adalah pencuci mulut yang sangat popular di negara Eropah dan diperbuat daripada Beryls dark choc coin. Teksturnya agak chruncy di luar dan lembut di dalam. Memang sedap sangat! Korang boleh follow resepi congo bars Beryls kat sini. Sure korang fall in love bila dah cuba sekali.

Kalau korang suka congo bars Beryls yang tak terlalu manis. Ini lah resepi yang tepat untuk korang cuba. Tak terlalu manis, tapi boleh adjust ikut kesukaan masing-masing. Ketinggian congo bars Beryls ni juga tak tinggi macam kek biasa. Ketinggiannya hampir sama dengan brownies.

Biasanya congo bars Beryls  ni kita akan jumpa kat cafe-cafe hipster. Boleh tahan mahal juga harganya. Kalau teringin nak makan dengan family, korang boleh cuba buat sendiri di rumah. Jimat duit poket. Makan banyak mana pun boleh. Lagi puas hati!

Sukatan untuk resepi ni adalah khas untuk loyang 8*8 inci. Mudah dan tak perlu menggunakan mixer. Kacau-kacau je guna senduk. Sesuai juga di jadikan hidangan minum petang atau hidangan di majlis-majlis rumah terbuka ataupun potluck di office.

Macam mana nak buat congo bars Beryls ni? Ha, kalau nak resepi yang mudah, korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Ana Mohd ni. Memang menjadi! Yang tak pandai baking pun boleh buat tau. Yang penting jangan derhaka dengan resepi ni.

 

RESEPI CONGO BARS BERYLS

Sukatan resepi ni juga adalah kurang manis. Tapi kalau korang nak rasa congo bars Beryls  yang manis, korang boleh lebihkan penggunaan gula dan coklat. Nak lagi mudah buat kek ni, korang pakai tepung naik sendiri. Takde lah kena guna tepung gandum dengan baking powder lagi. Jom tengok bahan-bahan dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 80g butter/marjerin
  • 125g gula perang
  • 2 biji telur gred B/ timbang 100g
  • Esen vanila
  • 175g tepung gandum+1sk baking powder ATAU boleh guna tepung naik sendiri
  • 150g Beryls dark choc coin
  • Badam

CARA PENYEDIAAN CONGO BARS BERYLS :

▶️ Gaul sebati butter/majerin dan gula perang.

▶️ Masukkan 2 biji telur gred B ATAU tak kisah gred apa boleh timbang 100g.

▶️ Masukkan pula esen vanila dan kacau-kacau.

▶️ Masukkan 175g tepung gandum+1sk baking powder ATAU boleh guna tepung naik sendiri.

▶️ Letak Beryls dark choc coin 150g dalam adunan dan tinggal sikit untuk tabur kat atas adunan.

▶️ Taburkan badam kalau suka.

▶️ Masuk dalam loyang 8*8 yang dilapik baking paper. Letak biar lebih supaya senang nak tarik keluarkan bila panas.

▶️ Kalau choc masih cair tak boleh nak terus terbalikkan kat papan nanti coklat melekat.

▶️ Bakar suhu 160C selama 40 minit atau ikut oven masing-masing. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin Yang Marvellous. Letak Durian Lagi Sedap Tau!

 

Wah! Dah siap pun congo bars Beryls kita. Senang je kan. Kalau ikut sukatan yang betul dan tak derhaka resepi. Confirm menjadi! Yang ni memang tak manis sangat. Rasa manis-manis bila gigit coklat tu je. Dah siap nanti, korang keluarkan dari loyang. Lepas tu potong.

Jangan terus terbalikkan masa tengah panas tau. Lekat coklat korang nanti. Tekstur congo bars Beryls ni kat luar agak crunchy dan dalamnya pula lembut. Kalau tak makan badan, korang tak nak letak pun takpe. Tu pilihan! Yang penting Beryls dark choc coin kena ada. Barulah menjadi!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ana Mohd kerana sudi berkongsi resepi congo bars Beryls ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa share kat semua penggemar kek ni. Nak jadikan pencuci mulut untuk raya haji pun boleh. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open