Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Boku Pandan Dessert Sedap Dari Filipina. Rasa Fresh Je Bila Lalu Kat Tekak!

0 80

Nah dessert dari Filipina yang sesuai dinikmati apa pun keadaan cuaca sekarang ni. Pagi tadi cuaca nampak mendung, petang panas pulak. Jom kita try resepi boku pandan ni. Lalu kat tekak sejuk-sejuk memang rasa fresh je. Confirm korang suka. 

Kali ni nak buat meriah sikit bahan-bahannya berbanding yang sebelum-sebelum ni, kebetulan benda ada kita letak je. Mak sedara aku memang suka buat dessert boku pandan ni. Dia asal dari Filipina. So, setiap kali ada majlis kat rumah, dessert ni la yang confirm dia buat. 

Kita duduk Malaysia, kita guna je bahan-bahan yang ada kat Malaysia ni. Rasa boku pandan Filipina yang selalu dia buat dah hampir sama dengan versi yang ni. Tapi kali ni, kita campur laici tin dan nata de coco pulak. Tak sabar kan nak buat boku pandan ni.

Resepi dessert boku pandan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norfazida Gda. Simple dan sangat mudah cara penyediaannya. Cuma tang nak hiris kelapa tu je ada leceh sikit.

Mahal jugak ye harga boku pandan ni kat luar. Pernah beli COD dalam taman aku je. Tak berbaloi harga dan rasanya. Lebih baik buat sendiri. Nak adjust rasa, nak tambah bahan semua pun boleh. Kita buat dia sampai jadi lagi sedap dari beli kat luar. 

RESEPI BOKU PANDAN 

Tanpa membuang masa lagi, apa kat kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan boku pandan ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 5gm agar-agar serbuk
  • 2 cawan air/air kelapa muda
  • Setitis emulco pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cawan sagu
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 mangkuk besar air
  • 2 cawan susu cair/segar
  • 2-4sb susu pekat (ikut citarasa)
  • Nata de coco (optional)
  • Laici dalam tin (optional)
  • Hirisan kelapa muda (optional)
  • Ais batu (optional)

CARA PENYEDIAAN BOKU PANDAN : 

▶️ Masak agar-agar serbuk bersama 2 cawan air/air kelapa, emulco pandan dan pewarna hijau sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam bekas.

▶️ Sejukkan dan biarkan membeku beberapa jam. Bila agar-agar sudah keras, potong kepada bentuk kiub.

▶️ Masak semangkuk air hingga mendidih. Masukkan sagu dan pewarna hijau. Masak hingga sagu menjadi jernih. Tapiskan sagu dan lalukan dibawah air yang mengalir untuk membuang lebihan kanji.

▶️ Dalam bekas yang sesuai, satukan susu cair/segar dan susu pekat, kacau sebati. Kemudian masukkan semua bahan lain, nata de coco, laici, kelapa muda, ais batu. Masukkan juga agar-agar dan sagu.

▶️ Sedia untuk dinikmati. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Pancake Kaya Dan Nutella Untuk Breakfast. Mudah Sangat Nak Buatnya!

 

Esok dah Sabtu, boleh la buat dessert boku pandan ni untuk cuci mulut lepas makan nanti. Anak-anak pun suka ye. Berebut nak makan. Boku ni korang nak standby dalam peti and makan bila-bila pun boleh. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap!

Hidangan yang menggunakan susu ni kena jaga elok mak aku kata. Jangan duk usik-usik. Kejap makan, kejap simpan. Nak lagi mudah simpan je dalam bekas plastik yang kecik bertutup tu. Bekas macam orang niaga. Lagi selamat. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norfazida Gda kerana sudi berkongsi resepi boku pandan yang meriah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open