Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Aiskrim Oreo Homemade Yang Pastinya Disukai Ramai. Lebih Jimat Dari Beli Kat Kedai!
Panas-panas macam ni syok juga layan aiskrim kan? Ada yang pernah cuba aiskrim oreo homemade tak? Aiskrim pun boleh buat kat rumah je tau. Lebih jimat dari beli kat luar. Nak buat stok dalam peti pun boleh. Mudah sangat cara penyediaannya.
Semalam dah share resepi aiskrim Baskin Robbins, hari ni nak share aiskrim perisa oreo pula. Ala-ala makan ice cream McD tau rasanya. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak renyah dan tak banyak. Cuma perlukan 5 bahan je.
Semua bahan perlu diblend sebati. Manakala orao pula ditumbuk kasar. Nak tumbuk guna batu lesung pun boleh yang penting hancur. Asingkan krim didalamnya. Dah hancur nanti bolehlah dicampur dalam adunan aiskrim yang dah siap tu.
Anak-anak ni bila dapat aiskrim tak pandang benda lain dah. Sekali sekala nak buat hujung minggu, tentu mereka suka. Layankan je anak-anak nak makan apa. Kalau asyik nak beli kat luar, kopak juga poket ni.
Kalau nak jimat, apa kata follow perkongsian resepi mama ini. Memang puas hati dengan rasanya. Bekukan dalam freezer dah keras nanti boleh layan sambil tengok tv. Boleh juga beli siap-siap cone aiskrim, nak makan nanti cedok je aiskrim oreo tu.
RESEPI AISKRIM OREA HOMEMADE
Kalau suka rasa milo, bolehlah cuba taburkan milo. Kita buat dia kan. Mesti menjadi punyalah. Tak nak buang masa lagi, rasanya dah ramai tak sabar nak cuba resepi ni. Jom tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan yang anda suka)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
- 1 paket oreo
CARA PENYEDIAAN AISKRIM OREO HOMEMADE :
▶️ Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu.
▶️ Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye.
▶️ Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati .
▶️ Serbuk oreo yang ada, taburkan atas ais krim.
▶️ Masukkan ke dalam freezer sampai beku. Siap!
BACA JUGA: Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Yang Simple Dan Sedap. Ala-Ala Makan Kat Kedai Siam Hasilnya!
Wah! Nyamannya rasa tekak bila dapat layan aiskrim orea ni. Bukan anak-anak je yang makan. Mak ayah sekali join tau! Selagi boleh buat kat rumah, kenapa kita pilih untuk beli kan. Kena pandai berjimat sekarang ni ye.
Aiskrim ni juga enak dimakan bersama roti. Nak guna roti bun kosong atau roti gardenia pun boleh. Sedap sangat! Lepas ni kalau nak makan aiskrim lagi, dah boleh buat kat rumah je. Janji semua bahan-bahan dah lengkap.
Kalau tengok kos buat aiskrim ni pun takdelah mahal mana. Siap boleh buat banyak lagi. Bila-bila Anak request dah boleh buat on time. Semoga resepi aiskrim oreo homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!