Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Puding Karamel Pkp Tanpa Telur Tanpa Kukus. Sesuai Untuk Yang Alergi Telur Dan Tiada Pengukus!

0 398

Puding karamel ni sangat ramai penggemarnya. Tapi macam mana cara anda menyediakannya? Apa kata kita ikuti perkongsian resepi puding karamel pkp tanpa telur tanpa kukus ni. Pasti puas hati dan teruja dengan hasilnya!

Resepi puding karamel ini juga sangat sesuai buat mereka yang alergi telur atau tak suka pada bau hanyir telur. Buat mereka yang tiada pengukus dirumah, jangan risau resepi ini sesuai untuk anda.

Macam mana nak buat puding karamel tanpa telur dan tanpa pengukus ni? Boleh ke? Mestilah boleh. Mudah sangat! Masak je semua bahan dalam kuali dan jadikan tekstur puding pekat barulah dimasukkan ke dalam loyang.

Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, biarkan puding sejuk seketika barulah dituang kedalam loyang yang sudah berisi karamel. Masukkan dalam peti dan sejukkan. Dah sejuk nanti barulah kita boleh terbalikkan dalam pinggan dan dipotong.

Tak susah pun nak buat puding ni, nak tahu lebih detail dan mudah untuk anda mencubanya dirumah, apa kata kita ikuti perkongsian resepinya dari Cik Puan Nordiana Ab Kadil. Confirm nak lagi!

 

PUDING KARAMEL PKP TANPA TELUR TANPA KUKUS

Sebelum mula memasak, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Kalau dah lengkap tak perlu buang masa lagi, terus je buat. Bolehlah dihidangkan buat keluarga untuk minum petang nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk puding :
  • 1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

 

Bahan untuk karamel :
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu air

CARA PENYEDIAAN PUDING KARAMEL PKP TANPA TELUR TANPA KUKUS :

▶️ Masukkan gula pasir ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil. Biarkan gula cair sehingga menjadi perang. Kemudian, tutup api dan masukkan air.

▶️ Kemudian, masukkan ke dalam loyang.

▶️ Satukan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian, panaskan diatas api yang besar dan masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.

▶️ Biarkan puding suam sebentar. Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

▶️ Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.

▶️ Dah sejuk, terbalikkan loyang tadi diatas pinggan. Kemudian potong dan sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: French Fries Carbonara Bercheese Yang Simple Dan Sedap. Sesekali Layan Dengan Anak-Anak Seronok Jugak!

 

Mudahkan! Tips nak puding tu sedap dan teksturnya menjadi, wajib masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat. Barulah hasilnya tak pecah-pecah dan terlalu lembik.

Lepas ni penggemar puding dah tak perlu sedih lagi. Nak buat puding karamel tak perlu minta orang cod atau beli kat pasar malam lagi. Buat sendiri lagi senang! Step yang dikongsikan Cik Puan Nordiana ini sangat mudah untuk anda fahami.

Dah siap tu hidang la sejuk-sejuk. Rasa heaven je lalu kat tekak tau. Musim cuaca panas-panas macam ni syok sangat dapat makan puding. Semoga resepi puding karamel pkp tanpa telur tanpa kukus ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open