Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Tapioca Fruits Dessert. Makan Sejuk-Sejuk Nikmat Rasanya!

0 71

Cuaca sekarang memang panas kan. Hari-hari rasa nak makan benda manis. Elok la simpan dessert dalam peti. Boleh la makan bila tekak rasa kering dan haus nanti. Cuba resepi tapioca fruits dessert ni pun syok jugak kan.

Kadang-kadang kita ni beli je buah banyak-banyak. Kot anak-anak nak makan. Hurm, selagi tak buang kulit hidang atas meja. Takde nya anak-anak nak makan sendiri. Semua nak kena mak yang hidangkan.

Sebelum buah-buah tu jadi busuk dan rosak macam tu je, elok korang buat dessert buah macam ni. Confirm berebut nak makan. Dessert ni sesuai jugak hidang bila ada majlis-majlis ye. Tetamu mesti suka.

Resepi tapioca fruits dessert ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Ramai yang cuba resepi ni. Mesti sedap makan sejuk-sejuk kan. Campur mata de coco dan buah segar lagi sedap.

Pilih je buah manis-manis masam tu. Sebab kuah dessert ni manis susu dan gula. Kalau lawankan dengan buah yang masam-masam manis lagi sedap. Nak kurang manis boleh je kurangkan sukatan gula tu nanti.

RESEPI TAPIOCA FRUITS DESSERT

Dessert ni tak guna banyak bahan pun. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tapioca fruits dessert ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 tin susu cair
  • 1 cwn gula
  • 1/2cwn sagu
  • 1 cwn air
  • Buah-buahan segar
  • Buah dalam tin

CARA PENYEDIAAN TAPIOCA FRUITS DESSERT : 

▶️ Masak 2 bahan susu cair dan gula dalam periuk hingga mendidih.

▶️ Dah didih tutup api. Tapis masuk bahan dalam satu bekas.

▶️ Titis pewarna kuning sikit. Tak nak letak pun boleh.

▶️ Seterusnya simpan dalam peti sekejap.

▶️ Sementara tu, kita masak sagu pulak. Cuci dan toskan sagu sekejap.

▶️ Masak 1 cwn air hingga mendidih. Tuang sagu dalam air didih tu.

▶️ Kacau dan masak hingga sagu nampak jernih. Tutup api.

▶️ Tuang dalam tapis, siram air paip dan toskan sekejap.

▶️ Keluarkan susu tadi dari peti sejuk. Masukkan sagu dan kacau perlahan.

▶️ Seterusnya, sediakan buah-buahan segar. Nak letak buah-buahan dalam tin pun boleh. Ikut nak letak buah apa pun. Yang penting, potong dadu semua buah.

▶️ Seterusnya, masuk je buah dalam susu tadi dan sejukkan dulu.

▶️ Sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA : Resepi Mi Sup Pedas Ala Cina. Makan Dengan Telur Rebus Memang Sedap!

 

Anak-anak yang tak suka makan buah, boleh la kita buat cara macam ni. Buat dessert, kita tengok diaorang makan ke tak. Silap hari bulan, minta mak buat lagi dan simpan dalam peti. Cuaca panas je terus buka peti.

Glamor betul nama dessert ni. Tapioca fruits dessert. Tengok la hasilnya, letak banyak buah lagi sedap. Rasa fresh dan nikmat bila lalu kat tekak nanti. Nak makan dessert ni lepas makan nasi pun boleh.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi tapioca fruits dessert ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open