Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Puding Gula Hangus. Sedap Sangat Dimakan Sejuk-Sejuk!
Puding gula hangus atau nama famousnya puding karamel adalah pencuci mulut yang menjadi kegilaan ramai. Hidangan ini memang kerap dihidang pada bulan ramadhan. Ianya juga laku keras dijual di bazar ramadhan.
Puding karamel ini sangat enak dimakan sejuk-sejuk. Tekturnya yang lembut dan manis memang rasa nikmat bila didalam mulut. Cara penyediaan puding karamel ini sangatlah mudah dan ringkas.
Puding boleh dihidang dalam pelbagai jenis. Ada yang menggunakan roti dan ada juga yang menggunakan telur 100{8406ac60f0764d6ef2fb0ba9722fc7279d50f1c26bf488254309f4e9fc737ea1}. Penggunaan gula dalam puding ini boleh diubah kepada susu pekat manis yang memberikan ia lebih berlemak.
Resepi puding gula hangus ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan No Or. Memandangkan sekarang bulan puasa, confirm ramai yang mencari-cari resepi puding gula hangus ni kan.
Kalau anda seorang yang bekerja pun, anda masih sempat menyediakannya bila anda pulang kerja. Cepat dan mudah je nak buat puding ni. Anak-anak dan suami mesti happy dapat berbuka dengan pencuci mulut yang menjadi kegilaan ramai ini.
RESEPI PUDING GULA HANGUS
Okey, yang tak pernah buat puding gula hangus ni anda boleh folllow je sebijik-sebijik langkah penyediaan di bawah ini. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan gula hangus :
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan air
Bahan-bahan puding :
- 3/4 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 5 biji telur
- Esen vanilla
CARA PENYEDIAAN PUDING GULA HANGUS :
Cara penyediaan gula hangus :
▶️ Panaskan gula dalam kuali sehingga perang.
▶️ Bila gula bertukar warna, baru masukkan air.
▶️ Masak hingga menggelegak dan gula hangus jadi cair semula.
▶️ Tutup api dan biarkan sejuk.
▶️ Bila dah sejuk, ceduk dan masukkan air gula ke dalam bekas kecil.
Cara penyediaan adunan puding :
▶️ Pecahkan 5 biji telur dan dipukul sikit. Tak perlu pukul sampai berbuih.
▶️ Masukkan 3/4 tin susu pekat manis, 1 tin susu cair, 1 tin air dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
▶️ Kemudian tuangkan adunan puding ke dalam bekas kecil yang sudah diisi dengan air gula hangus.
▶️ Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Masuk dan susun bekas kedalam pengukus. Kukus hingga masak dengan api sederhana dalam anggaran 10 – 15 minit.
▶️ Sentiasa lap wap air di penutup pengukus supaya permukaan puding kekal cantik. Ataupun balut penutup pengukus tu dengan kain tuala.
▶️ Bila dah masak, buka tutup pengukus dan biarkan 2-3 minit terbuka supaya air permukaan puding sedikit kering.
▶️ Kemudian bolehlah di angkat dan di sejukkan.
BACA JUGA: Resepi Udang Butter Milk Berkuah Yang Memang Sedap. Hidangan Istimewa Yang Anda Wajib Cuba!
Siap! Mudahkan. Bila dah masak, angkat je bekas tu dan biarkan sejuk dulu baru boleh terbalikkan. Lepas tu dah sejukkan sekejap barulah masukkan dalam peti. Heaven tau makan sejuk-sejuk puding ni.
Ternyata puding karamel yang menggunakan 100{8406ac60f0764d6ef2fb0ba9722fc7279d50f1c26bf488254309f4e9fc737ea1} telur ini lebih sedap berbanding menggunakan campuran roti. Masa raya nanti pun boleh je buat puding ni untuk dihidang buat tetamu yang datang. Pencuci mulut lah katakan.
Semoga resepi puding gula hangus atau kita panggil puding karamel ini bermanfaat buat anda semua. Nak tahu sejauh mana keenakan pencuci mulut ini, anda wajib cuba. Selamat mencuba!