Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Aiskrim Buah Yang Tak Muak Langsung. Makan Waktu Panas Fuhhh Rasa Fresh Sangat!

0 97

Dah jemu rasanya makan aiskrim ala magnum. Dapat buat aiskrim buah pun sedap juga kan. Makan waktu cuaca panas macam ni, terus rasa fresh! Tak muak langsung tau makan aiskrim buah ni.

Aku nampak je gambar aiskrim buah ni terus teringin nak buat. Orang panggil aiskrim ni aiskrim cermin ye. Warna jernih, nampak warna buah je kat dałam tu. Lawa pula dałam freezer bila buat banyak-banyak aiskrim ni.

Biasanya aiskrim ni kita guna buah yang ada masam manis. Contoh strawberry, kiwi dan nata d’coco. Nak letak buah manga pun boleh. Jangan lupa letal juga biji selasih yang dah di rendam.

Tak susah pun nak buat aiskrim buah ni. Korang follow je sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zana Suzanna ni. Confirm menjadi! Yang penting korang pandai nak ikat plastik ais je nanti.

Ada tak yang tak reti nak ikat plastik aiskrim Malaysia kat sini? Ha, Jangan risau. Pegi beli plastik ais yang jenis guna zip tu. lagi senang kerja korang. Beli kat Shopee je lagi murah.

RESEPI AISKRIM BUAH 

Mesti korang tak sabar nak tahu cara buat aiskrim buah ni kan. Nak buat juga la nanti. Aku dah bosan makan aiskrim coki-coki yang aku buat sendiri ni. Asyik coklat je, tukar aiskrim fresh la pula.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Air suam@Air tapis
  • Air gula
  • Sedikit perisa buah
  • Buah-buahan citrus seperti strawberry, kiwi, nata d’coco dan sedikit biji selasih yang di rendam.

CARA PENYEDIAAN AISKRIM BUAH :

▶️ Bancuh air suam+air gula+sedikit perasa buah dalam jug. Ketepikan.

▶️ Masukkan buah-buahan, nata de coco & biji selasih ke dalam plastik aiskrim.

▶️ Kemudian, tuang air buah yang telah dibancuh tadi dan ikat.

▶️ Dah siap ikat, letak aiskrim dalam freezer.

▶️ Dah keras boleh ngap. Siap!

 

BACA JUGA : Cara mudah Buat Dorayaki Untuk Anak-Anak Di Rumah. Confirm Anak-Anak Suka!

 

Serius sedap dan rasa fresh sangat tau! Memang tak rugi korang cuba buat aiskrim ni kat rumah. Anak-anak pun tentu suka. Sesuai juga sedia aiskrim ni untuk anak-anak yang tak suka makan buah. Kot tukar jadi aiskrim, terus anak-anak suka makan buah.

Cuaca sekarang tersangatlah panas. Balik sekolah bnak-anak minta singgah beli aiskrim. Kalau dah ada aiskrim Malaysia macam ni kat rumah. Jimat la duit poket korang. Nak buat banyak pun takpe.

Kalau korang jenis tak suka manis, korang kurangkan je kuantiti air gula tu. Sebab manis masam buah biasanya lagi sedap. Thanks to Cik Puan Zana Suzanna sebab sudi kongsi resepi aiskrim buah ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open