Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Puff Untuk Hidangan Petang. Nak Buat Jer Dan Mudah Semua Orang Suka!

0 6,162

Sesekali tekak nak makan pastry macam ni, tak perlu nak beli dekat kedai bakery, kita buat sendiri dekat dapur rumah kita ianya lebih berbaloi dan jimat.

Tak sangka resepi nak buat pastry ni tersangat lah mudah untuk kita buat sebagai hidangan petang.

Kalau biasa petang-petang makan goreng pisang, cucur gandum kali ni kita cuba western kan sikit dengan makan pastry ni.

 

KARI PUFF AYAM

Curry puff atau melayunya bermaksud karipap. Tapi ianya berbeza sebenarnya dengan kari puff ayam ni. Sebab kulit yang digunakan tidak sema dengan karipap yang biasa kita makan. Resepi Nana Isya ini paling simple, paling mudah dan hasilkan rasa yang sedap!

RESEPI KARI PUFF AYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Kulit pastri kawan 4×4
  • 100 g isi ayam
  • 2 sudu kari ayam
  • 5 biji ubi kentang
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sudu minyak
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji telur
  • Bijan putih dan hitam

CARA PENYEDIAAN KARI PUFF AYAM :

▶ Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar yang di dadu. Goreng sehingga kekuningan.

▶ Masukkan rempah. Kemudian masukkan ubi kentang. Masak sehingga hampir lembut masukkan isi ayam. Perasakan dengan gula dan garam. Dah siap inti sejukan.

▶ Apabila inti telah siap, ambil kulit pastri. Masukkan inti di tengah kulit tersebut. Lipat kulit tersebut

▶ Kemudian tekan@kelim tepi pastri tersebut supaya inti tidak terkeluar.

▶ Sapu pasti tersebut dengan telur.

▶ Taburkan bijan. Kemudian bakar pada kadar suhu 160° selama 15minit.

▶ Siap boleh di hidangkan bersama air teh @ kopi. Sesuai di makan ketika waktu petang. Selamat mencuba.

 

PUFF CHOCOLATE NUTELLA

Waktu petang, jika dalam peti hanya ada pastry puff je dan taka da bahan lain sebagai inti. Ambik je Nutella atau coklat spread. Boleh buat makanan petang yang awesome!

Coklat, siapa yang berani menolak. Tak makan rugi pulak rasanya. Cuba buat puff coklat Nutella follow resepi Atie SwweetChocBakeries ni. Mesti korang menyesal sebab lambat tahu..

RESEPI PUFF CHOCOLATE NUTELLA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 paket kulit pastry (5 keping)
  • 1 botol nutella/coklat filling
  • 1 biji telor*utk sapuan atas puff
  • Bahan utk crumb
  • 25 gm Marjerin
  • 60 gm Tepung gandum
  • 30 gm Gula pasir

CARA PENYEDIAAN PUFF CHOCOLATE NUTELLA :

▶ Campurkan tepung, marjerin dan gula gaul sehingga menjadi crumb. Ketepikan dulu.

▶ Ambil sekeping kulit pastry dan sapu nutella keseluruh permukaan

▶ Gulung dan sapu telor bahagian atas nya

▶ Tabur crumb di permukaan yg disapu telor tadi, dan potong kepada 3 bahagian,ulang cara sama pada kulit pastry yg lain sehingga habis.

▶ Kemudian bakar dalam oven pada suhu 200° selama 40 minit atau sehingga kulit pastry kekuningan

Dah siappp.. 👍👍👍

 

PUFF SERUNDING BERKEJU

Jika ada serunding lebih dekat rumah, boleh lah cuba buat puff serunding berkeju follow Puan Nora Hj Taib ni. Rasa dia yang sedap ni boleh buat korang rasa macam beli dekat kedai je.

Buat untuk hidangan petang, berebut anak-anak makan. Tapi hati-hati sebab nanti kulit crunchy dan akan bersepah sikit.

RESEPI PUFF SERUNDING BERKEJU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 6 sheet pastry KAWAN
  • 1 paket slice cheese
  • 1 mangkuk Serunding
  • 1 sudu besar mentega (sapuan pada loyang)
  • 1 biji telur (pengilat)
  • 1 sudu teh susu segar (campur bersama telur)

CARA PENYEDIAAN PUFF SERUNDING BERKEJU :

▶ Bentangkan kulit pastry dan mulakan operasi mencanai.

▶ Letakkan serunding mengikut citarasa.

▶ Koyak-koyakkan cheese dan letakkan di atas serunding. Bubuh la banyak mana. Nak makan sendirikan?

▶Lipat dua kulit pastry tadi.

▶ Tekap menggunakan garpu di sebelah tepi bagi mengelakkan inti terkeluar.

▶ Sapukan mentega pada permukaan loyang.

▶ Susun pastry yang telah siap ke dalam loyang tadi.

▶ Lakukan sapuan telur + susu segar ke atas pastry berinti tadi.

▶ Bakar selama 20 minit di dalam oven. Suhu 150c. Tetapi bergantung juga dengan oven masing-masing.

▶ Boleh la berhias cantik-cantik, hidangkan dan boleh la dimakan. Yummy

 

CORNDOG PUFF

Lamanya tak makan corndog. Waktu viral pasal menu ni dulu pernah sekali dua buat dan memang sedap. Rupa-rupanya kalau add kulit pastry rasa dia lagi meletop! Dalam resepi Nana Isya ni ada kongsikan macam mana nak buat corndog dengan kulit pastry.

RESEPI CORNDOG PUFF

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 keping kulit pastry
  • 10 batang sosej
  • 1 cawan cheese
  • 1 sudu besar bijan putih
  • 1 sudu besar bijan hitam
  • 10 batang ais cream

CARA PENYEDIAAN CORNDOG PUFF :

▶ Rebus sosej separuh masak. Kemudian tos.

▶ Ambil kulit pastry taburkan cheese. Kemudian letakkan sosej yang di rebus tadi. Gulung pastry tersebut.

▶ Cucukkan batang ais cream pada sosej yang telah digulung tadi.Taburkan bijan putih dan bijan hitam. Bakar pada suhu 150°c selama 10minit @ mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Selamat mencuba.

 

BBQ KIMBALL PIZZA PUFF

Sebelum ni pernah buat pizza gunakan roti gardenia. Tapi tak semua orang suka makan roti kan. Jadi boleh cuba gunakan kulit pastry ni menggantikan doh atau roti untuk pizza. Bakar sekejap je dah sedap dan crunchy! Tengok cara Kakak Faa ni buat jom.

RESEPI BBQ KIMBALL PIZZA PUFF

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 keping besar dada ayam
  • 6 keping frozen puff pastry (defrost)
  • 1 cawan mozarella cheese
  • ½ botol kecil Sos BBQ Kimball
  • 1 sudu butter
  • 3 cawan air
  • Hirisan nenas, bawang dan cili merah

CARA PENYEDIAAN BBQ KIMBALL PIZZZA PUFF :

▶ Didih kan air, rebus isi ayam. Dah masak, toskan dan carik carik halus.

▶ Masukkan sos BBQ dan gaul sebati.

▶ Gris loyang dengan butter. Letak puff pastry, tuangkan sos bbq dalam piring.

▶ Sapu rata sos BBQ di tengah pastry. Tekan sikit bhg tengah pastry dengan garfu.

▶Letak isi ayam BBQ. Sediakan hirisan sayur. Susun nenas.

▶ Tabur bawang, lada dan mozarella cheese.

▶Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Bakar suhu 200C, selama 25 minit atau hingga puff masak.

▶Bila dah masak, keluarkan dan sapu sos di tepi puff.

BACA JUGA: Aneka Masakan Ikan Keli Yang Lazat Dan Menyelerakan. Resepi Turun Temurun Warisan Nenek

PUFF SARDIN KENTANG

Biasanya makan karipap sardin atau karipap kentang kan. Tapi kali ini dua-dua dapat dalam satu hidangan macam ni. Bezanya kulit luar dia kita gunakan pastry yang ada dijual dekat pasaraya. Sedapnyaa bila tengok resepi Puan Julia ALeen Aireish ni.

RESEPI PUFF SARDIN KENTANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 keping puff pastry (brand kawan)
  • 1 tin kecil sardin – asingkan isi & sosnya
  • 2 biji kentang – dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu kecil lada hitam berperisa
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 biji kunig telur – untuk sapuan atas puff

CARA PENYEDIAAN PUFF SARDIN KENTANG :

▶ Kentang digoreng hingga masak dahulu, angkat ketepikan.

▶ Cairkan mentega tumis cili bersama dengan bawang hingga layu.

▶ Masukkan sardin & hancurkan dalam kuali.

▶ Masukkan gula, garam & lada hitam berperisa, masukkan juga kentang, kacau sekata masak sebentar semua sudah cukup rasa siap untuk inti, sejukkan dahulu sebelum digunakan.

▶ Ambil sekeping puff pastry digunting dua bahagian, satu bahagian dikelar atau lukakan jangan sampai putus.

▶ Satu bahagian lagi diletak inti lebih kurang 1 sudu makan. Ambil pastry yang dikelar tadi, tutup inti & kemaskan dibahagian tepi. Ambil garfu tekan disekeliling puff supaya inti tidak terkeluar. Buat hingga habis.

▶ Panaskan oven terlebih dahulu. Sapukan kuning telur di atas puff sebelum dibakar.

▶ Bakar suhu 180 darjah selama 20 minit, siap.

 

CHICKEN AND MUSHROOM PUFF

Resepi  chicken and mushroom puff ni simple je nak buat. Sebabkan kita guna pasti yang sedia ada atau frozen, jadi mudahlah kita nak buat menu macam ni. Resepi Dapur Yusfarisyia ni, boleh buat selalu sebab anak-anak suka kombinasi ayam dengan cendawan ni. Superb!

RESEPI CHICKEN AND MUSHROOM PUFF

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ½ cawan ayam cincang
  • ½ biji bawang merah besar (dicincang kasar)*
  • 1 biji bawang holland (dicincang kasar)*
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)*
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tomato puree
  • ½ batang lobak merah (dipotong kiub kecil)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil thyme
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • ½ cawan air
  • Sebiji kuning telur (dipukul)
  • 2 bungkus puff pastri jenama Kawan
  • 2 sudu kecil bijan hitam

CARA PENYEDIAAN CHICKEN AND MUSHROOM PUFF :

▶ Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau.

▶ Masukkan lobak merah, thyme. Kacau lagi selama 2-3 minit. Masukkan tomato puree. Masukkan air.

▶ Masukkan cendawan dan sos tiram beserta serbuk lada hitam.

▶ Masukkan gula dan garam. Tutupkan api dan biarkan inti sejuk. Ambil sekeping puff pastry letak 2 sudu kecil penuh inti dan lipat dua. Tekan sekeliling nya dengan garfu.

▶ Panaskan oven 190’c selama 5 minit. Susun di atas dulang yang dilapik dengan kertas minyak. Sapu kuning telur di atas nya dan tabur sedikit bijan hitam di atas nya. Bakar 15-20 minit dengan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing.

Waah! Tak sangka juga ada banyak menu pastry yang boleh kita buat dengan mudah. Nak sediakan senang, bahan-bahan pun mudah nak dapat.

Dan makanan macam ni sesuai untuk kita buat makan hidangan petang. Sambal bersantai dengan keluarga depan tv atau di halaman rumah.

Serious sedap rasa dia, memang kena cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open