Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Kek Apam Coklat Yang Pasti Sedap. Gebu, Lembut Dan Paling Penting Takde Bau Hanyir Telur!

0 1,534

Perut sentiasa je terisi sejak-sejak duduk rumah ni. Almaklumlah PKP, semua tak boleh keluar. Anak-anak pula setiap hari request nak itu, nak ini. Apa kata hari ni kita buatkan mereka kudapan kek apam coklat. Pasti mereka suka dengan kek apam coklat ni.

Request macam-macam tu adalah aktiviti harian mereka sejak tak sekolah ni. Tapi yang pastinya kek antara pilihan mereka. Nak makan yang manis je. Apa kata ibu-ibu semua cuba resepi ni. Yang syoknya kek apam coklat ni tak bau hanyir telur tau.

Yang dah pernah cuba resepi kek apam coklat ni mesti dah jatuh hati dengan keenakannya. Kukus je tak perlu bakar. Nampak moist gitu! Kalau nak curahkan nutella atau coklat cair pun sedap juga. Ditambah pula dengan taburan coklat chip diatasnya.

Mesti dah ada yang tergugat melihat perkongsian resepi dan gambar dari Cik Puan Shida Ambok. Hilang diet mak-mak sejak duduk rumah ni. Kalau tak buatkan anak kesian pula kat mereka. Dah lah tak boleh keluar.

Ikutkan saja apa yang anak nak. Tapi, jangan pula biarkan mereka terkurung 24 jam dalam rumah. Buka tingkap, sekali sekala tu duduklah depan balkoni, kaki lima ke. Bagi anak-anak kita udara dan vitamin C diwaktu pagi.

 

RESEPI KEK APAM COKLAT

Kek apam coklat ini antara manisan yang sangat disukai ramai. Terutamanya anak-anak. Nak raya nanti bolehlah cuba buat kek apam ni. Untuk kudapan anak-anak dan keluarga dirumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 tutup perisa vanilla

CARA PENYEDIAAN KEK APAM COKLAT :

▶️ Masukkan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

▶️ Panaskan dengan api sederhana. Ini sekadar bertujuan untuk larutkan bahan sahaja.

▶️ Masukkan telur dan kacau lagi.

▶️ Masukkan perisa vanilla. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

▶️ Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

▶️ Tuang sedikit demi sedikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.

▶️ Sapukan majerin pada acuan dan tuangkan aduan dalam acuan.

▶️ Panaskan air kukusan hingga menggelegak. Kukus kek apam selama 30 minit.

▶️ Keluarkan kek dan sedia untuk dipotong.

▶️ Siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA: Nak Tips Masak Mee Goreng Basah Paling Sedap? Jom Cuba Resepi Ni. Confirm Nak Lagi!

 

Memang gebu yakmat! Seperti biasa, anak sangat teruja dengan hasilnya. Takdan nak simpan. Laju je anak makan sampai licin. Anda semua wajib cuba. Confirm tak menyesal! Mudah, jimat dan pastinya enak.

Tak kira makan waktu panas ataupun sejuk, kek apam ni tetap sedap. Nak buat kek hari jadi anak-anak pun boleh. Deko sikit ikut kreativiti masing-masing. Nak guna bekas bentuk apa pun tak kisah. Janji kenalah deko!

Biasanya, menjelang hari raya, mesti ada antara kita yang rajin buat kek untuk kudapan tetamu yang datang beraya. Tapi kali ni, kita buat untuk anak-anak je. Semoga resepi kek apam coklat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open