Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Vietnam Roll Seafood Yang Mudah Dan Sedap. Nak Diet Jom Cuba Menu Ni, Confirm Puas Hati!

0 3,923

Resepi vietnam roll seafood merupakan satu makanan yang berasal dari negara vietnam. Ianya juga sangat popular di Malaysia dan boleh dipelbagaikan. Selain menggunakan seafood , intinya juga boleh menggunakan isi ayam dan juga daging.

Vietnam roll juga merupakan makanan yang cukup sihat dan berkhasiat. Ianya dimasak dengan cara rebusan, dihidang segar menggunakan sayur-sayuran dan juga seafood dan digulung menggunakan ‘rice paper’ atau kertas beras tanpa digoreng.

Jadi tak hairanlah kalau ramai yang mengatakan makanan ini cukup sihat dan berkhasiat. Ianya juga sangat sesuai kepada mereka yang tengah mengamalkan budaya sihat iaitu berdiet.

Menu diet ni ada pelbagai. Yang nak diet tak perlu risau sebab kat google je banyak resepi diet yang cukup sedap dan mengenyangkan. Apa kata anda semua cuba follow resepi vietnam roll seafood yang dikongsikan oleh Cik Puan Puteri Hana Sofia.

Beliau berkongsi resepi ini melalui laman Facebook. Dan resepi ini boleh dicuba oleh semua pengguna media sosial yang ingin mencari menu atau hidangan yang sihat dirumah. Tak perlu beli diluar lagi, buat sendiri dirumah lebih puas hati tau.

 

RESEPI VIETNAM ROLL SEAFOOD

Vietnam roll ini wajib dimakan dengan sos yang sedikit pedas. Barulah terangkat rasanya. Intinya juga boleh dipelbagaikan. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi sihat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit popia vietnam (Rice paper)
  • Daun salad
  • Lada hitam (gaulkan dekat udang/isi ketam)
  • Udang (direbus dan dibuang kulit)
  • Fish cake (direbus)
  • Isi ketam (direbus)
  • Lada bengala (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Suhun/Bihun (direndam hingga lembut)

 

Bahan sos thai : 
  • Sos thai shedap
  • 1 sudu kecil Minyak bijan
  • 2 biji lemon
  • 10 btg cili padi (ditumbuk)
  • 2 sudu sos ikan
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu brown sugar
  • Daun ketumbar (dihiris)

CARA PENYEDIAAN VIETNAM ROLL SEAFOOD :

▶️ Kulit popia direndam dengan air suam sekejap supaya lembut. Jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan kulit popia mudah koyak.

▶️ Susun bahan di atas kulit popia tadi. Kemudian lipat tepi dan gulungkannya.

Cara penyediaan sos thai :

▶️ Campurkan kesemua bahan-bahan untuk penyediaan sos thai. Kacau sabati dan siap dihidang dengan vietnam roll.

 

BACA JUGA: Resepi Putu Kacang Hijau Merupakan Kuih Raya Tanpa Bakar. Gebu Dan Pastinya Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Buat vietnam roll ni tak boleh kedekut nak masukkan inti. Tak heaven bila nak makan nanti. Kalau pergi pasar malam, pasti ada peniaga yang menjual makanan ini.

Ianya juga, laku keras tak kisahlah seafood, ayam ataupun daging rebus. Kesemuanya laku keras dijual. Kalau tak tau nak buat sos vietnam roll gunakan saja sos thai botol yang sedia dijual dikedai tapi lebih baik ikut resepi sos yang disediakan ini. Sedap!

Nak sihat tak susah pun, yang penting jaga pemakanan. Nak cantik pun kena jaga pemakanan juga tau. Semoga resepi vietnam roll seafood ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open